Total Pageviews

FIRST BABY

Monday 8 June 2015

Repost: Cerpen- Mr Frost Face

Assalamualaikum!

Salam sayang, readers semua. Moga kalian diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT. Kalau tengah sakit, ingatlah bahawa sakit itu penghapus dosa, :).

Okey, ingat lagi post yang tertera di dalam gambar ini?


Kalau yang dah pernah baca tu mungkin ingatlah. Kalau tidak pernah tu, tak apa. Tak penting sangat pun untuk ingat.

Baiklah, saya sudah mengambil keputusan untuk repost cerpen ini.

Kenapa tiba-tiba saya decide untuk repost cerpen ini?
Baiklah, begini kisahnya. Cuti-cuti ni, rajinlah juga saya tengok-tengok masalah blog ni, manalah tahu ada cacat cela di mana-mana. Maka, saya bertemulah dengan satu masalah iaitu, link untuk cerpen atau novel ke ILHAM KARANGKRAF sangat lambat loadingnya.


Ehem, lambat tu, maksud saya, dengan line internet yang saya adalah. Bukanlah line internet yang 4G tu. Jadi, memikirkan keadaan yang tidak kondusif untuk kesemua readers yang line internet readers semua terdiri daripada bermacam-macam taraf, dan saya mahukan readers tidak frust untuk membaca, maka saya ambil keputusan untuk repost cerpen Mr Frost Face ini di dalam blog ini, secara FULL. Kiranya, readers tak perlu lagi nak klik link 'sini' yang berwarna pink tu.

Buat sakit hati saja kan tunggu lama-lama. Fed-up aku nak baca. Daripada ada mood nak baca terus tak ada mood.

Eheh. Haha.

Readers, mohon apa-apa yang tak puas hati fasal entry cerpen or novel, lontarkan ketidakpuasan hati tu pada chatbox. Manalah tahu tulisan entry kecil sangat, susah nak baca, tak boleh nak zoom. Sila-silakanlah buat aduan di chatbox tu. Heee, ada kelapangan nanti, saya akan adjust apa-apa yang patut. Jika ada kelapangan.

So this is it. Enjoy, tau? Sesiapa yang pernah frust tunggu lama-lama tu. Sila-silakanlah baca balik dengan hati yang lebih tenang. Saya minta maaf ya sebab pernah buat readers semua frust, :). Harap maafkan saya yang kurang prihatin ini. Dan maafkan saya juga kalau cerita ni tak best ataupun lapuk ke... Maklumlah kan, dah dua tahun lepas punya cerita. Hihi, faham-fahamlah, ya? So, enjoy it, :).




“HEI, lepaslah! Lepas! Apa ni?!” jerit Nurain. Puas dia merentap tangannya daripada ditarik oleh seorang lelaki. Baginya lelaki yang menariknya itu sangat pengecut. Apa tidaknya, lelaki itu menarik dirinya dari arah belakang.

“Kau diam boleh tak? Kalau kau tak nak apa-apa jadi dekat keluarga kau, kau ikut aku!” ugut lelaki itu. Kedua-dua belah tangan Nurain diikat. Nurain mengetap bibirnya.

“Kau nak apa sebenarnya hah? Kau cakap ajelah!” jerit Nurain. Menyesal rasanya kerana pulang lewat ke rumah pada hari ini. Tubuhnya ditolak masuk ke dalam sebuah kereta.

“Kau nak bawak aku pergi mana ni? Lepaskanlah aku!” Nurain tidak henti-henti menjerit. Lelaki yang mempunyai segaris parut pada pipi kanannya itu menghentak stering kereta.

"Kau boleh diam tak?! Aku kata diam, diamlah! Tak faham bahasa agaknya kau ni!” bentak lelaki itu keras. Terdiam Nurain dibuatnya. Nurain menyandar lesu pada seat kereta tersebut. Saat kereta tersebut mulai bergerak, air mata Nurain turun satu persatu membasahi pipinya. Terpejam jua matanya saat dia menangisi nasibnya.
           

“DATO’, ni gadis yang Dato’ minta saya cari,” kata Hamdan, lelaki yang ditugaskan untuk mencari dan membawa Nurain. Tali yang mengikat tangan Nurain dileraikan. Nurain memandang tajam wajah lelaki yang berada di hadapannya. Di dalam benaknya, timbul pelbagai persoalan. Apa tujuan dirinya dicari?

“Siapa nama kamu?” soal Dato’ Farid. Nurain diam tidak terkutik.

"Jawablah! Dato’ tanya kau tu. Tadi boleh pulak kau terpekik-pekik kan?!” jerkah Hamdan. Tersentak Nurain dibuatnya.

“Hamdan, jangan berkasar.” Dato’ Farid mengingatkan Hamdan.

"Nurain. Nurain Haidar binti Adrian,” jawab Nurain. Dia langsung tidak memandang wajah Dato’ Farid. Banglo yang tersergam indah menjadi santapan matanya.

“Mari, ikut saya,” ajak Dato’ Farid. Nurain menelan liur.

“Tak. Tak semudah tu saya nak ikut orang yang saya langsung tak kenal! Sebenarnya, apa niat Dato’ culik saya ni? Saya bukanlah anak jutawan. Kalau saya anak jutawan pun, tak ada gunanya jugak Dato’ culik saya sebab Dato’ pun dah kaya kan? Ke Dato’ ni bapak ayam? Dato’ memperdagangkan manusia eh?” Selamba badak Nurain menyoal Dato’ Farid. Tergelak Dato’ Farid dibuatnya.        

"Nurain, kamu jangan risau. Dalam rumah ini, ada isteri dan anak-anak saya. Saya bukanlah seperti yang kamu sangkakan. Mari, ikut saya masuk ke dalam rumah. Dengan itu, kamu dapat tahu kenapa saya tugaskan Hamdan untuk mencari kamu,” jelas Dato’ Farid. Berkerut-kerut dahi Nurain dibuatnya.


            “Sekejap Dato’, pinjam telefon sekejap. Saya nak telefon ibu saya. Risau dia nanti saya tak balik,” ujar Nurain. Minah ni memang jenis selamba tak bertempat ke apa? Hamdan sudah mengeluarkan telefon bimbitnya.

            “Nahlah, kau pakai telefon aku. Dato’ punya telefon dalam rumah,” kata Hamdan. Dia menghulurkan telefonnya kepada Nurain. Pantas Nurain menyambut lantas nombor telefon ibunya didail.

            “Buat loudspeakear. Bukannya boleh percaya kau ni. Entah-entah polis yang kau telefon,” kata Hamdan. Nurain menjeling tajam.

             “Yalah, kau ni sibuklah! Tak kuasa aku nak telefon polis kalau dah sampai rumah banglo macam ni,” jawab Nurain. Amboi, tadi bukan main lagi kau menangis ya Nurain?

            “Assalamualaikum ibu,” ucap Nurain sebaik sahaja talian berjawab.

            “Waalaikumussalam, Ain. Ain dekat mana ni sayang? Kenapa tak balik lagi? Risau ibu tahu?” Cemas kedengaran nada suara Puan Hidayah.

            “Ain okeylah ibu. Ain tak tahu lagi Ain balik ke tidak sebab Ain ada hal ni. Tapi ibu jangan risau, Ain boleh jaga keselamatan Ain. Ibu tidurlah dulu dengan adik. Nanti kalau ada apa-apa Ain telefon ibu,” ujar Nurain.

            “Ain ada hal apa ni?” soal Puan Hidayah.

            “Biasalah ibu, kerja tak siap lagi,” jawab Nurain terpaksa berbohong. Takkanlah hendak beritahu yang dia sudah diculik oleh seorang Dato’. Mahu terkena serangan jantung ibunya nanti. Ish! Dia tidak sanggup kehilangan ibunya.

            “Ermmm, yalah. Ada apa-apa nanti telefon rumah tau? InsyaAllah, ibu jawab. Jaga diri baik-baik Ain,” pesan Puan Hidayah.

            “Ya ibu. Ibu jangan risau. Ibu pun jaga diri, assalamualaikum,” ucap Nurain. Setelah Puan Hidayah menjawab salamnya, Nurain mematikan talian.

            “Nah, terima kasih! Puas hati, dapat dengar suara ibu aku? Aku ni baik tau, tak menipu. Kalau aku kata nak call ibu aku, aku call ibu akulah. Buat apa call orang lain,” kata Nurain. Telefon Hamdan diserahkan kembali kepada tuannya.

            “Cepatlah ikut Dato’ masuk dalam. Banyak cakap pulak kau ni,” kata Hamdan. Nurain mencebikkan bibirnya.

            “Yalah-yalah, aku nak masuklah ni,” jawab Nurain lantas dia mengorak langkahnya masuk ke dalam rumah banglo milik Dato’ Farid.

            “Dato’, kenapa Dato’ bawak saya ke bilik ni? Eiii, seramlah!” kata Nurain. Dia memandang suasana ruang tamu tingkat atas yang suram.

            “Baru gelap sikit kamu dah kata seram. Sebenarnya Ain, saya nak minta tolong kamu. Saya nak minta kamu tolong kami pulihkan Syazwan,” jelas Dato’ Farid. Terjegil mata Nurain dibuatnya.

            “Eiii, anak Dato’ ni sakit apa? Saya bukannya doktor, Dato’. Mana boleh saya sembuhkan orang sakit,” jawab Nurain.

            “Kamu tolonglah Syazwan. Dia mengalami kemurungan selepas kematian Wahidah. Tak sampai sehari pun usia perkahwinan mereka, Wahidah dah dijemput Ilahi,” terang Dato’ Farid. Nurain menggosok dahinya.

            “Masalahnya Dato’, kenapa saya pulak? Apa kaitannya saya dengan Si Syazwan? Apatah lagi, arwah Wahidah. Saya tak kenal pun siapa mereka. Dato’ pun saya tak kenal!” kata Nurain.

            “Sebab wajah kamu iras Wahidah. Iras sangat,” jujur Dato’ Farid. Dia menunjukkan sekeping gambar arwah Wahidah yang sedari tadi dipegangnya. Terkedu Nurain melihatnya. Ya, dia akui, wajah arwah Wahidah memang ada iras dengan wajahnya. Dia berfikir seketika.

            “Macam mana Dato’ boleh kenal saya?” soal Nurain. Dato’ Farid tersenyum.

            “Kamu bekerja dekat FQ Holdings kan?” soal Dato’ Farid. Nurain mengangguk.

            “Tu syarikat saya. Saya ada fail yang mengandungi butiran diri kamu,” jelas Dato’ Farid. Nurain mencebikkan bibirnya. Tulah kau Nurain, tak ambil tahu lagi siapa pemilik syarikat tempat kau kerja, kutuk otak Nurain. Suka hati akulah! Bentak hati Nurain.

            “Yalah, saya tengok dulu macam mana keadaan Si Syazwan tu. Biar saya masuk,” jawab Nurain.

            “Kamu jangan buat perkara yang dia tak suka sudahlah. Habis dia mengamuk nanti,” pesan Dato’ Farid.

            “Tahulah Dato’. Dato’ duduk aje diam-diam. Biar saya uruskan. Kalau saya menjerit, Dato’ masuk okey? Manalah tahu dia nak buat tak baik dekat saya sebab ingat saya ni arwah Wahidah kan?” ujar Nurain. Dia memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik Syazwan.

            ‘Perghhh! Ni bilik ke tempat pembuangan sampah? Berapa bulan tak sembur pewangi?’ kutuk Nurain di dalam hatinya. Meluru dia membuka tingkap bilik itu dengan luas. Kepalanya dikeluarkan dari jendela supaya dia dapat menghirup udara segar.

            ‘Gelap gila bilik ni. Macam dark room misteri aje aku tengok. Meh sini, Encik Syazwan, Cik Nurain Haidar bukakan tingkap banyak-banyak. Membazir aje tau ada tingkap tapi tak buka,’ kata Nurain di dalam hatinya.

            Sinar cahaya daripada lampu yang masuk apabila tingkap dibuka menyedarkan Syazwan dari lenanya. Bengang pastinya dengan orang yang membuka tingkap biliknya.

            “Tutuplah tingkap tu mama. Syaz tak sukalah. Tutuplah mama,” kata Syazwan. Nurain sudah tercebik-cebik di tepi tingkap.

            ‘Huh! Kau ni gaya mayat hidup aje. Nak hidup buat cara nak hidup! Tak reti nak bersyukur jadi manusia agaknya!’ kutuk Nurain lagi. Dia mencari-cari suis lampu bilik Syazwan. Setelah menemuinya, dia tersengih lebar.

            ‘Kejutan Encik Syazwan!’ kata Nurain di dalam hatinya. Serentak dengan itu, suis lampu bilik Syazwan dibuka. Dia merapati katil yang menempatkan Syazwan. Pandangan Nurain masih terpaku pada susuk tubuh Syazwan. Tidak sabar rasanya untuk melihat reaksi lelaki itu.

            “Ma apa ni ma?!” marah Syazwan lalu bangun dari pembaringannya. Sebaik sahaja terpandangkan wajah Nurain, terus sahaja dia terdiam.

            “Apa mama, mama? Sikit-sikit mama, sikit-sikit mama. Kau ni kan, jadi manusia memang tak reti nak bersyukur eh? Kalau Allah dah beri nyawa untuk hidup tu hiduplah. Yang kau pergi buat gaya mayat hidup ni kenapa? Kau tak pernah dengar ke? Yang dah pergi tu biarlah. Kita yang hidup ni kena teruskan kehidupan. Sepatutnya, kau doalah untuk arwah Wahidah tu supaya dia sentiasa berada dalam rahmatNya.

            Ni tidak, kau ni macam tak terima qada’ dan qadar je. Berdosa kau tau tak? Dahlah kau menzalimi diri sendiri, tambah lagi dosa. Pulak tu, menyusahkan orang lain, tambah lagi dosa.  Lepas tu, hari-hari kau marah orang, tambah lagi dosa. Selanjutnya, kau tak pergi sembahyang Jumaat, kalau dah lebih tiga kali, tambah lagi dosa. Next, kau dah lama tak sedekah dekat masjid. Alah, melepas pahala. Oh, yang paling penting, sebab kaulah papa kau culik aku tau. Sia-sia je kau pun dapat saham dosa.

            See, kau jadi mayat hidup ni free-free aje kau dapat dosa. Pahala mana ada. Cuba kau senaraikan dekat aku. Pahala apa yang kau dapat kalau kau jadi mayat hidup. Nak jugak aku tahu. Hah, kau jadi mayat hidup ni kau solat tak? Kalau kau tak solat, tambah lagi dosa. Tulah, aku dah kata, kau jadi mayat hidup buat tambah dosa aje adalah,” tutur Nurain. Panjang lebar ceramahnya kepada Syazwan.

            “Idah?” duga Syazwan. Tangannya hampir sahaja menyentuh pipi mulus milik Nurain.

            “Hei kau ni. Aku bukan Idahlah! Aku Nurain! Nurain Haidar binti Adrian! Kau jangan nak sentuh aku okey? Kita bukan mahram. Nak sentuh aku, kahwin dengan aku,” kata Nurain.

            ‘Eiii, nak ke aku kahwin dengan dia ni? Muka serabai macam apa je! Gelilah aku,’ desis hati Nurain. Dia sudah membuat muka geli-gelemannya.

            “Eh, batal-batal. Tak inginlah aku kahwin dengan kau. Muka macam hutan belantara aje aku tengok. Hensem ke tak tu aku tak kisah. Tapi muka kau ni tak ada aura manusia langsung. Kalau nak dibandingkan kau dengan papa kau, sejuta kali aku lebih rela kahwin dengan papa kau. Muka dia aura berseri-seri sikit. Tak macam kau,” jujur Nurain. Selamba saja dikutuknya lelaki di hadapannya itu.

            “Idah, abang rindukan Idah,” ujar Syazwan. Dia cuba untuk menarik tangan Nurain. Sepantas kilat Nurain melarikan tangannya. Air muka Syazwan berubah mendadak. Nurain sudah menarik nafasnya dalam-dalam.

            ‘Ish! Mamat ni, tak retilah aku nak cakap macam mana dekat dia ni kan? Adui, kalau nak aku pulihkan dia kembali, kena ada contact. Sebab dia asyik ingat aku ni arwah Idah aje. Sia-sia aje aku dapat dosa nanti. Macam mana nak buat ni? Takkan aku kena kahwin dengan mamat ni kot? Ni kalau aku bagitahu ibu ni, confirm ibu terkejut besar. Yalah, boyfriend pun tak ada tup-tup dah nak kahwin. Mesti ibu ingat aku ada buat perkara tak senonoh dengan dia ni. Ish! Nauzubillahiminzaalik!’ kata Nurain di dalam hatinya. Dia menapak ke pintu bilik.

            “Idah! Idah nak pergi mana tu? Idah, tolonglah... jangan tinggalkan abang lagi,” rayu Syazwan.

            “Eiii, bisinglah mamat ni. Aku nak jumpa papa kaulah!” marah Nurain. Dengan pantas dia keluar daripada bilik itu. Kelihatan Dato’ Farid dengan isterinya sedang menantikan khabar dengan wajah penuh pengharapan. Nurain mendapatkan isteri Dato’ Farid. Tangan wanita itu dicium penuh hormat.

            “Dato’, prinsip saya berlandaskan agama saya. Agama Islam. Tiada sebarang hubungan yang menghalalkan melainkan perkahwinan. Saya akan menerima sesiapa sahaja yang sedia melafazkan akad nikah untuk menikahi saya. Sesiapa saja. Jadi Dato’ saya tak boleh bantu dia. Sebab dia asyik ingat saya ni arwah Idah. Memang saya dapat dosa percuma ajelah sebab dia asyik nak pegang saya aje. Saya bukan nak ambil kesempatan Dato’, saya tahu saya ni miskin. Tapi kalau Dato’ nak saya tolong dia, jika dia mahu dengan sepenuh kerelaannya, nikahilah saya dan saya nak dia laksanakan tanggungjawab dia sebagai seorang suami. Saya juga akan melakukan perkara yang sama, saya akan laksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri,” jelas Nurain.

            “Pa, macam mana dengan Syaz?” soal seorang wanita yang baru tiba di tingkat atas. Dia terpandangkan wajah Nurain. Terkaku dia sebentar.

            “Pa, siapa tu?” soal wanita itu lagi.

            “Saya Nurain, Nurain Haidar binti Adrian,” ujar Nurain.

            “Nurain, ni anak sulung saya, Doktor Syahirah,” kata Dato’ Farid memperkenalkan anaknya. Nurain sekadar tersenyum.

            “Nurain, kamu tidur sini ya malam ni? Mama akan cakap dengan Syaz,” kata Datin Qamarina.

            ‘Mama? Haih, memang semua orang ingat aku ni Wahidah agaknya,’ desis Nurain. Tanpa banyak soal, Nurain terus bersetuju. Maklumlah, malam sudah larut. Dia meminta kebenaran untuk menggunakan telefon rumah itu bagi menelefon ibunya untuk memaklumkan khabar dirinya.
           

            “AKU terima nikahnya, Nurain Haidar binti Adrian dengan mas kahwin seratus lapan puluh ringgit tunai,” lafaz Syazwan Hanif. Entah berapa kali dia diingatkan oleh mamanya tentang nama Nurain. Mukanya kini jangan katalah, dah tak ada dah rupa hutan belantaranya. Kacak sampaikan Nurain ternampak tadi boleh jatuh cinta.

            “Sah?” soal jurunikah.

            “Sah!” jawab saksi-saksi yang hadir. Lafaz syukur dipanjatkan dan doa dibaca. Kini, dengan sekali lafaz, dan berwalikan Adam Asfar bin Adrian, Nurain Haidar binti Adrian telah sah menjadi isteri kepada Syazwan Hanif bin Farid.
           

            “AWAK jangan panggil saya Idah ya? Kalau saya dengar awak panggil saya Idah, sampai bila-bila awak takkan jumpa saya lagi dah!” jelas Nurain memperingatkan suaminya.

            “Nurain Haidar, bukan Nur Wahidah!” tokok Nurain. Dia sudah melabuhkan duduk di hadapan suaminya yang sedang bersila di atas lantai. Tangan Syazwan dicapai dan digenggam erat. Dia memberanikan diri menentangkan matanya dengan mata Syazwan.

            “Ain tahu, abang terkesan sangat dengan pemergian arwah Wahidah. Kehadiran Ain sebagai isteri abang, untuk memulihkan abang dan untuk melengkapi hidup abang. Andai abang sudah terima qada’ dan qadar Allah bahawa arwah Wahidah sudah lama meninggal dunia, Ain harap, jangan pernah abang abaikan Ain. Ain tahu, antara kita, tiada cinta. Tapi cinta boleh dipupuk. Ain harap sangat, abang dah dapat terima kenyataan sejak abang lafazkan akad nikah tadi. Kalau abang masih tak dapat terima kenyataan, tak mungkin kita akan menjadi suami isteri sebab nama Nurain Haidar binti Adrian, pasti akan abang gantikan dengan nama Nur Wahidah.

            Abang, jujur Ain katakan, Ain tidak pernah mencintai seorang lelaki yang bukan mahram dengan Ain, seikhlas hati. Ain juga sudah lama tidak dicintai oleh seorang lelaki, melainkan Asfar, adik Ain. Ain rindukan rasa dicintai oleh seorang ayah. Bagi Ain, perkahwinan ini telah membuka satu peluang untuk Ain merasai cinta daripada seorang ayah. Bagi Ain, perkahwinan ini telah membuka satu peluang untuk Ain mencintai abang seikhlas dan setulus hati Ain. Ain harap sangat, abang mampu untuk buat perkara yang sama kepada Ain,” luah Nurain. Setitis demi setitis mutiara jernih jatuh membasahi pipinya. Apa yang dilihatnya kini, wajah Syazwan beku, sebeku-bekunya.

            Syazwan menarik tangannya daripada terus digenggam oleh Nurain. Dia bangun lalu merebahkan tubuhnya di atas katil. Selimut ditarik sehingga menutupi wajahnya. Nurain memejamkan matanya bagai cuba mengumpul semangat. Kenapa Syazwan melafazkan akad nikah jika dia tidak bersedia untuk menerima dirinya? Adakah Syazwan dipaksa? Tapi tak mungkin!

            Dengan hati yang hiba, Nurain melangkah masuk ke dalam bilik air. Dia mengambil wuduk bagi menenangkan perasaannya. Usai memakai telekung, Ain mengambil senaskhah al-quran bersaiz kecil yang disimpan dalam beg tangannya.

            “Tenanglah Ain, tenangkan diri dengan kalam Allah. Menangislah Ain, kalau tangisan itu boleh terus menghidupkan hati kau,” tutur Nurain sendiri. Setelah itu, dia mula membaca sebaris demi sebaris kalam Allah itu. Sesekali, air mata yang jatuh disekanya. Tabahlah Nurain!


            “SYAZ tak balik lagi?” soal Syahirah sambil melangkah masuk ke dalam rumah adiknya itu. Wajah Nurain dipandang. Nurain sekadar menggeleng.

            “Biasalah balik lambat tu. Mungkin ada kerja kot? Kak long tidur sini kan?” soal Nurain. Syahirah mengangguk.

            “Ain, dia selalu ke balik lambat?” duga Syahirah. Nurain diam lantas menggeleng. Takkan hendak diberitahu hakikat sebenar? Takkan hendak dibuka cerita mengenai rumah tangganya?

            ‘Bukan setakat balik lambat, tak balik pun selalu! Aku hidup dah gaya tak ada laki je,’ kata Nurain di dalam hatinya.

            “Akak happy sangat dia dah sembuh. Sebaik sahaja korang kahwin, memang dia dah tak buat perangai lama dia dah meski dia sedar yang Ain bukan arwah Wahidah. Akak tahu, dia dah dapat terima hakikat yang arwah Wahidah dah meninggal. Akak yakin, dia memang bersedia untuk menjadi suami Ain. Dia memang ikhlas nikahi Ain. Jika tidak dia takkan bersetuju,” ujar Syahirah. Nurain mendengar dengan teliti.

            ‘Kalau betul dia memang rela dan dah bersedia, kenapa buat perangai macam tak ada bini dekat rumah? Kenapa buat perangai macam aku ni tunggul?’ jerit hati Nurain. Menangislah air mata darah sekalipun, kalau depan lelaki berwajah beku yang bergelar suaminya itu, tetap tak dapat apa-apa! Dasar manusia tak ada perasaan!

            “Okeylah, akak naik dulu. Ain nak tunggu Syaz ke apa ni?” soal Syahirah. Nurain mengangguk dengan hati yang tidak rela. Melihatkan reaksi Nurain, Syahirah naik ke tingkat atas bersama begnya. Dia ke rumah Syazwan pun kerana rindukan adiknya.

            ‘Buang masa aje aku tunggu! Entah balik entah tidak! Tapi kalau aku nak tidur pun, mesti kena masuk bilik dia. Mahu aku kena soal siasat oleh kak long nanti kalau aku masuk bilik aku. Dia nilah, paksa aku tidur bilik lain. Eiii, dia ni macam tak ikhlas aje kahwin dengan aku,’ kata Nurain di dalam hatinya. Dia merebahkan tubuhnya di atas sofa seraya matanya dipejamkan. Tidur lagi bagus!

            Syazwan masuk ke dalam rumahnya. Seusai mengunci pintu, dia ke ruang tamu memandangkan dia terdengar bunyi televisyen terpasang. Sesegera mungkin dia mencapai alat kawalan jauh televisyen lantas mematikan televisyen tersebut.

            “Ni manusia tengok tv ke, tv tengok manusia ni? Membazir elektrik aje,” kata Syazwan perlahan. Matanya terpaku pada Nurain yang sedang lena. Namun wajahnya tetap sama, tetap beku, sebeku-bekunya. Dia ni memang jenis manusia tak ada perasaan tambah tak ada hati nurani agaknya.

            Syazwan melutut di tepi sofa. Pandangannya jatuh pada wajah Nurain yang sedang lena. Bibirnya mengukir senyum. Hai, pelik betul Mr Frost Face Nurain ni. Sejak bila dia pandai tersenyum? Eh! Sejak bila pula Syazwan mendapat gelaran Mr Frost Face? Kalau nak tahu, sejak Nurain dan Syazwan tinggal serumah ini, Nurain menggelar Syazwan sebagai Mr Frost Face apabila dia berbicara seorang diri. Kes sakit hatilah tu.

            Jari Syazwan bermain-main dengan anak rambut Nurain. Sesekali, jarinya mengelus lembut pipi isterinya. Hai, dah panggil isteri nampak? Kau ni sebenarnya sukakan Nurain kan? Tapi saja buat beku dekat dia, bidas otak Syazwan. Syazwan mengetap giginya. Diamlah! Marah hatinya pula.

            “Syaz, baru balik?” soal Syahirah yang datang daripada dapur. Syazwan mengangkat pandangannya seraya dia mengangguk. Dia tidak terkejut pun sebab kakaknya itu ada memaklumkan tentang kehadiran dirinya ke rumah Syazwan. Syahirah menghampiri adiknya lantas dia menghulurkan tangannya untuk disalam. Syazwan menyambut huluran tangan kakaknya itu lantas tangan Syahirah dicium penuh hormat.

            “Awak selalu balik lambat Syaz?” soal Syahirah perlahan. Mereka sudah mengorak langkah ke meja makan. Syazwan terdiam seketika. Dalam fikirannya ada saja soalan yang berlegar-legar. Apa agaknya yang diberitahu oleh isterinya itu? Syazwan mengangguk dalam terpaksa. Takkan hendak ditipu satu-satunya kakak yang dia ada?

            “Syaz, kesian Ain tu. Sudahlah awak tak bagi dia bekerja, lepastu awak buat dia macam tunggul aje. Ain tak ada cerita apa-apa pun dekat kakak. Tapi kakak dapat agak sendiri. Kalau balik lambat pun selalu, mesti tak balik pun pernah kan? Syaz, Ain tu isteri Syaz. Layanlah dia selayaknya. Mahu dia mati kebosanan duduk dekat rumah ni,” kata Syahirah.

            Syazwan mengangguk tanda mengerti. Dia akui, kakaknya lebih mahir dalam hal rumah tangga meski Syahirah masih belum berkahwin. Sebenarnya, perkahwinan kakaknya sudah dirancang dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

            “Dahlah, bawak Ain tu masuk bilik. Daripada tadi kakak tengok dia tertidur dekat situ. Tunggu Syaz punya pasallah tu. Kesian dia,” ujar Syahirah. Syazwan mengangguk. Dah macam pak turut dah Mr Frost Face ni bila dengan kakak dia.

            Malam itu, buat pertama kalinya Nurain dan Syazwan tidur sebilik, sekatil, dua bantal dan seselimut. Syazwan ni hati batu betullah! Kalau dah sayang tu cakap sajalah. Ini tidak, asyik dengan gaya muka bekunya sahaja 24 jam. Bukan main lagi dipeluk isterinya pada malam itu.
           

            NURAIN terkejut besar sebaik sahaja terpandangkan wajah suaminya pada muka pintu belakang rumah. Buat pertama kali dalam sejarah, dia nampak wajah suaminya yang beku itu pada siang hari.

            “Lain pulak muka Mr Frost Face ni. Berseri-seri sikit waktu pagi. Kenapalah dia balik time ni? Tak cukup ke dia buat aku terkejut beruk waktu bangun pagi tadi?” gerutu Nurain. Bukan jenis biasa dia terkejut pada pagi tadi. Sampai-sampai, dia sedar sahaja daripada tidur, terus melompat turun dari katil. Terkejut sangatlah tu kiranya.

            Sedang khusyuk dia menyidai kain, suara jiran sebelah menegur. Nurain membuat muka menyampah sebelum dia memaniskan kembali wajahnya. Dengan hati yang membengkak dia memandang wajah Syahid Lukman Al-Hakim, jiran terhormatnya. Nama dah macam orang Arab aje. Nasib baik muka ada ala-ala Arab, kalau tak siang-siang dah kena kutuk. Yalah, manusia zaman sekarang, mana boleh tengok orang lain senang sikit. Mulalah, nak dijadikan bahan kutukan, atau perlian.

            “Waalaikumussalam saudara Syahid Lukman Al-Hakim. Tak kerja ke?” Sehabis lembut dah kiranya dia bercakap tu.

            “Tak Ain. Abang MC hari ni,” kata Syahid Lukman Al-Hakim.

            “Oh, MC. Sakit apa?” soal Nurain sengaja berbasa basi. Tak naklah dia dilabel sombong nanti.

            “Abang demam,” jawab Syahid Lukman Al-Hakim. Nurain sekadar mengangguk.

            “Tu suami Ain tak marah ke berborak dengan abang ni?” soal Syahid Lukman Al-Hakim apabila Ain tidak berkata-kata lagi. Dia memuncungkan bibirnya ke arah Syazwan yang sedang duduk di atas sebuah kerusi. Bersilang kakinya macam gaya bos tengah arahkan pekerja aje. Nurain memandang sekilas. Memang tajam mata suaminya memandang ke arah sini.

            No comment. Kalau dia marah, dah lama dia tarik saya,” kata Nurain. Syahid Lukman Al-Hakim tersenyum panjang mendengarkan jawapan Nurain itu. Dia menyambung lagi perbualannya dengan Nurain. Nurain terpaksalah melayan memandangkan Syahid Lukman Al-Hakim itu ialah jirannya.

            Syazwan yang menjadi pemerhati sedari tadi sudah tidak senang duduk. Panas hatinya kini. Sampai muka pun dah berwarna seperti ketam yang dah dimasak. Sebaik sahaja melihat Nurain sudah melangkah meninggalkan Syahid Lukman Al-Hakim yang setia merenung isterinya itu, Syazwan melangkah masuk ke dalam rumah. Dalam hatinya, sudah berkilo-kilo sumpah seranah yang ditujukan untuk Syahid Lukman Al-Hakim.

            Usai meletakkan bakul yang digunakan tadi di luar rumah, Nurain melangkah masuk ke dalam rumah. Sekali lagi, dia terkejut beruk bila tangannya ditarik kuat oleh Syazwan. Pintu belakang rumah itu ditutup rapat dan dikunci oleh Syazwan. Bertambah terkejut bila Nurain tengok muka suaminya itu dah macam kena panas aje. Merah semacam! Nurain ditarik sehingga ke ruang tamu.

            “Kenapa Ain cakap dengan Syahid tu?” soal Syazwan dengan muka bengisnya sebaik sahaja Nurain sudah melabuhkan duduk di atas sofa.

            “Dia kan jiran kita, dah dia tegur tu, takkan Ain nak buat tak tahu aje? Nanti apa pulak dia kata. Abang nak ke dia cakap bini Syazwan tu bodoh sombong berlagak nak mampus, orang tegur buat tak tahu aje. Abang nak macam tu?” kata Nurain.

            “Abang balik Ain buat tak tahu aje kan?” soal Syazwan. Sengaja tukar topik ke apa Mr Frost Face ni? Nurain dengan muka selambanya menyalami tangan suaminya itu. Terkejut juga Syazwan dibuatnya.

            “Ain kan tengah sidai kain tadi. Abang nak Ain buat apa? Nak Ain pergi ucap selamat datang dekat abang? Kalau abang approach Ain ke, Ain salamlah. Tengah-tengah sidai kain tu pulak, Syahid tu tegur, Ain pun borak ajelah dengan dia. Ain tahu abang bukan tunggul. Ain tak pernah pun abaikan abang. Tapi abang jangan lupa, Ain pun bukan tunggul.

            Abang tinggalkan Ain dekat rumah ni sorang-sorang. Awal-awal pagi, abang pergi kerja. Balik pulak lambat, sampaikan selalu sangat abang tak balik. Ain sebenarnya dah fed up dah hidup macam ni. Tapi nak buat macam mana? Ain isteri, abang suami. Selama sebulan tempoh perkahwinan kita, itu ajelah rutin harian kita. Ain nak keluar beli barang pun abang tak bagi.

            Ain rasa macam banduan aje. Rasa macam kena kurung. Dah sebulan Ain tak keluar kemana-mana. Mak dengan Asfar pun dah lama tak jumpa. Cakap dengan diaorang melalui telefon je. Abang tak rasa semua tu. Sebab yang kena semua Ain. Kalau abang ada dekat rumah, bukannya membantu pun. Sebab apa? Sebab Ain bosan sangat tengok muka beku abang tu. Ain cakap apa-apa pun muka abang beku aje. Ain ajelah orang yang ada perasaan dalam rumah ni.

            Kadang-kadang, Ain tertanya-tanya, betul ke kak long cakap abang ikhlas kahwin dengan Ain? Ain yakin jawapannya tak. Lahiriah, memang abang nak kahwin dengan Ain. Tapi dalaman? Abang tak ikhlas kan? Ain kecewa tau tak?” Panjang lebar Ain meluahkan perasannya. Setelah itu, dia membuka langkah ke tingkat atas. Dia bukannya macam perempuan lain. Kecewa sikit menangis. Dia tak menangis pun. Dah sebulan hidup dengan Mr Frost Face, dia pun dapatlah tempias.

            Syazwan terduduk kaku di atas sofa. Mendengarkan segala luahan Nurain, dia jadi resah. Adakah sikapnya yang beku membuatkan Nurain akan berpaling tadah? Tak, dia tak sanggup kehilangan Nurain. Nurain Haidar ditakdirkan untuknya. Nurain Haidar ditakdirkan untuk Syazwan Hanif. Bukan untuk orang lain.

            Seharusnya, dia tidak marah-marah. Tujuan dia pulang awal pada hari ini pun untuk memulakan hubungan yang baik dengan isterinya. Tetapi hanya disebabkan Syahid Lukman Al-Hakim tu, segala rancangan yang diatur musnah. Itulah, marah lagi! Marah lagi! Macamlah tak boleh cakap baik-baik?


            NURAIN memang tidak ada rasa nak keluar dari bilik. Tidur lagi bagus! Itulah Nurain, kalau rasa macam ada masalah saja, pasti tilam yang dia cari. Usai solat Isyak, Nurain merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia melihat jarum jam dinding yang tergantung di biliknya. Jam tersebut menunjukkan pukul 9 malam. Baru sahaja dia ingin memejamkan matanya, perutnya sudah membuat orkestra. Apa tidaknya, daripada tengahari lagi dia tidak makan.

            Berdecit-decit mulut Nurain. Dalam hatinya, sudah berbakul-bakul nasihat ditujukan buat perutnya. Protes punya pasal sampai tak nak masak dan tak nak makan. Sempat lagi dia fikir, apalah yang menjadi santapan suaminya? Nurain Haidar, kau tak masak buat pertama kalinya ni, tak ke namanya mengabaikan suami? Soal otaknya. Nurain mengangguk. Memang pun, tapi aku macam dah malas dah nak masak untuk dia. Setiap kali aku masak, bukannya dia nak balik. Aku jugak tukang makannya, bidas hati Nurain.

            “Ain, bukak pintu ni,” kata Syazwan sambil mengetuk pintu bilik Nurain. Nurain buat tidak dengar. Tidur lagi bagus! Nurain bangun daripada pembaringannya lantas lampu bilik ditutup. Lantaklah dia nak fikir apa pun! Ada aku kisah? Selama ni dia tak fikirkan perasaan aku, biarlah sekali ni aje aku tak fikirkan perasaan dia, gerutu Nurain di dalam hatinya. Berdosa Ain, otak Nurain mengingatkan tuannya.

            Nurain buat tidak dengar akan peringatan otaknya itu. Cepat-cepat dia merebahkan tubuhnya di atas katil lantas tubuhnya diselubungkan dengan selimut.

            “Ain, Ain tak tidur lagi kan? Ain baru lepas tutup lampu kan? Bukak pintu Ain,” tutur Syazwan lembut. Nurain, kalau sekali dia dah niat nak tidur mati, memang baring saja dah tidur. Buang masa saja Syazwan cakap-cakap depan pintu kayu tu.

            Syazwan sudah mati kutu apabila hampir sepuluh minit dia bercakap di depan pintu bilik Nurain tanpa sebarang balasan. Pantas dia ke biliknya dan mengambil kunci rumahnya. Pintu bilik Nurain yang berkunci dibuka lantas dia bergegas masuk ke dalam. Nampak lena betul Nurain tidur. Baru sahaja dia berniat untuk membiarkan Nurain tidur, dia terdengar suatu bunyi. Berkali-kali dia cuba untuk mengecam, bunyi apakah itu?

            Tatkala terpandangkan wajah Nurain yang berkerut seribu itu, barulah dia tahu bahawa itu adalah bunyi perut Nurain. Memang sudah kelaparan tahap separa kronik dah Nurain tu. Sebab itu berkerut-kerut wajahnya tika dalam lena. Agaknya dia termimpikan makanan yang tidak dapat dicapai.

            Syazwan menggerakkan bahu isterinya. Pipi isterinya ditepuk perlahan.

            “Ain, bangun sayang,” kata Syazwan. Nurain masih tidak memberikan sebarang reaksi, Cuma kerutan pada wajahnya semakin hilang. Nurain ni sebenarnya tak tidur mati pun. Pura-pura lena saja sebenarnya tadi. Mana boleh tidur kalau perut merungut minta diisi makanan.

            “Jangan kacaulah. Ain nak tidur,” kata Nurain dengan suara seraknya. Ni kes tak minum air daripada tengahari tadi. Nak harapkan air liur, memang tak menjadilah. Sampai kering bibir Nurain dibuatnya. Nurain mengiring membelakangi suaminya.

            “Ain, abang dah masak. Jom, makan,” ajak Syazwan. Nurain buat muka tidak kisah dengan mata yang masih terpejam. Tak percayalah tu suami dia dah masak.

            “Pandai ke abang masak? Tak nak. Ain nak tidur,” kata Nurain.

            “Jom, makan. Jangan buat perangai. Kalau abang buat something jangan marah pulak,” ugut Syazwan. Eleh, ingat Ain takut ke apa? Ain tak takutlah, desis Nurain dalam hatinya.

            “Tak nak. Ain tak takutlah dengan something abang tu. Ain nak tidur,” tutur Nurain. Sekali tengok macam kanak-kanak sahaja perangainya! Syazwan bertindak menarik selimut yang menyelimuti tubuh Ain.

            “Perut kosong tak boleh tidur. Nanti masuk angin,” kata Syazwan seraya tubuh Nurain dicempungnya dan dibawa ke bawah. Terjerit Nurain dibuatnya. Kalau dia tidak berpaut pada leher suaminya itu, sudah pasti dia akan terjatuh. Tak guna! Baguslah sangat idea ni, marah Nurain dalam hatinya.

            Sebaik sahaja kakinya sudah selamat memijak lantai ruang makan, matanya memandang makanan yang terhidang di atas meja. Ada rupa, puji Nurain di dalam hatinya. Dia menoleh ke tepi, mana pulak suaminya itu? Ah lantaklah! Aku dah lapar tahap kronik dah ni, kata Nurain dalam hatinya.

            Pantas dia mengambil tempat di atas meja makan. Dia menyendukkan nasi ke dalam pinggannya. Nasi untuk suami kau tak ada ke? Soal otak Nurain. Huh! Kisah apa aku? Kalau aku senduk nasi untuk dia nanti, entah dia nak ke tidak makannya, bicara Nurain dalam hatinya. Dia mengambil lauk-pauk yang dimasak oleh suaminya. Usai membaca doa, Nurain menjamah sedikit makanannya. Sesekali, kelihatan dia mengangguk-angguk. Macam juri pertandingan memasak pun ada gayanya.

            Nurain memandang lilin yang menyala di atas meja itu.

            ‘Lah, ada guna jugak lilin ni. Aku ingat sekadar hiasan aje. Tapi tengah terang benderang ni pun nak pakai lilin ke? Huh! Lantak kaulah labu...’ kata Nurain di dalam hatinya. Dia meneruskan suapannya. Boleh tahan jugak Mr Frost Face Nurain ni memasak kan? Yalah, kalau tak, takkan Si Nurain ni nak makan? Nurain ni jenis memilih bab-bab makan. Masakan mak dia, adik dia, masakan dia, dan masakan keluarga dia aje yang dia nak makan. Masakan orang lain macam tak ngam dengan tekak dia. Kiranya Mr Frost Face ni dah sebahagian daripada dialah ni?

            ‘Memang aku dah lama anggap dia tu sebahagian daripada aku. Daripada mula-mula kahwin lagi. Tapi dia tu... Ish! Malas aku nak ulang benda yang sama. Sejak aku nampak muka dia yang dah handsome waktu hari akad nikah tu pun aku dah fall in love. Tapi bila dah hari-hari tengok frost face dia, aku pun jadi macam dah tak ada perasaan. Berjangkit dengan dialah ni,’ bicara Nurain dalam hatinya. Sedang dia mencuci tangannya di singki, terdengar suara orang berdehem lantas lampu ruang makan yang sedang terang benderang itu menjadi malap. Mujur ada lilin yang menyala dengan terang. Nurain menoleh ke belakang. Apa tidak seriaunya bila bahunya disentuh ketika dia sedang mengelap tangannya?

            Hampir nak terkeluar anak tekak Nurain gara-gara menjerit. Wajah suaminya yang sedang tersenyum manis itu dipandang berkali-kali. Oh, inilah sebabnya Nurain menjerit tadi? Terkejut tengok Mr Frost Face tersenyum kepada dia rupanya. Yalah, pertama kalilah katakan. Nurain mengetap bibirnya.

            Syazwan sudah melutut di hadapan Nurain. Gayanya seperti lelaki yang hendak melamar seorang wanita sahaja. Lagilah Nurain terkejut melihat tindakan Syazwan itu.

            “Nurain Haidar binti Adrian, sudikah kiranya Nurain menjadi isteri sehidup dan semati kepada Syazwan Hanif bin Farid?” Nurain sudah terkedu. Terserlah riak wajah blur-nya. Kalau tak disebabkan keadaan sedang malap sekarang, sudah pasti Syazwan nampak warna wajah isterinya yang sudah merona merah.

            Dear Mr Frost Face, Nurain Haidar nak cakap yang Nurain Haidar binti Adrian infiniti kali sudi untuk menjadi isteri sehidup dan semati kepada Syazwan Hanif bin Farid,” ujar Nurain sambil mencapai tangan Syazwan. Kiranya jawapan Nurain tadi dah sehabis selambalah tu.

            Syazwan memeluk erat tubuh isterinya. Nurain tidak terkata apa. Perlahan-lahan pelukan suaminya dibalas.

            “Abang minta maaf sayang. Abang minta maaf sebab abaikan Ain selama ni. Abang minta maaf dengan sikap abang yang beku dengan Ain. Ain, abang ikhlas menikahi Ain. Sejak Ain jumpa dengan abang dalam bilik abang, dengan segala apa yang Ain katakan kepada abang, abang sedar, arwah Wahidah itu adalah masa silam abang, tapi abang tak pernah lupakan dia. Dan Nurain, Ain adalah masa kini dan masa depan abang. Jujur abang katakan, abang sayang dan cintakan Nurain. Maafkan abang sayang dengan sikap abang selama ni,” tutur Syazwan. Nurain mengangguk-angguk sambil melurut lembut belakang suaminya.

            “Kenapa Ain panggil abang Mr Frost Face?” soal Syazwan sebaik sahaja pelukan mereka terlerai. Nurain tersengih-sengih.

            “Abang dah makan?” soal Nurain. Syazwan menjegilkan matanya. Geram dengan isterinya yang sengaja mengubah topik perbualan.

            “Dah. Jawab Ain, jangan nak ubah topik,” ujar Syazwan. Nurain membuat muka sehabis comel.

            “Encik Muka Beku!” jawab Nurain lalu berdekah-dekah dia ketawa. Syazwan menjegilkan lagi matanya. Geram sungguh dengan jawapan isterinya itu.

            “Ain!” Nurain sudah membuka langkah seribu. Dia tahu, larilah macam mana sekalipun, kalau dah bersaing dengan suaminya, dia takkan menang. Dahlah dia ni jenis kecil molek. Berbeza sangat dengan suaminya itu. Moga bahagia terus menjadi milik mereka.


            NURAIN memandang wajah ibunya yang sedang tersenyum gembira. Dia turut merasai kegembiraan itu. Asfar yang sedang melayani tetamu-tetamu yang hadir ke kenduri kesyukuran itu dipandang sayang. Adiknya kini sudah bergelar graduan. Oleh kerana itulah kenduri kesyukuran ini diakan. Dalam pada itu, kenduri ini juga diadakan bersempena dengan dirinya yang kini sedang hamil. Usia kandungannya sudah mencecah tiga bulan.   

              Alhamdulillah, Mr Frost Face bukan lagi Encik Muka Beku yang dikenalinya. Suaminya itu telah betul-betul berubah. Tiada lagi muka bekunya. Cuma, jika suaminya itu sedang merajuk, muka bekulah penemannya.

            “Kakak, baik kakak pergi tengok abang tu. Dah gaya macam apa aje As tengok. Harap-haraplah kalau isteri As mengandung nanti As tak kena macam abang,” ujar Adam Asfar. Dia memuncungkan mulutnya ke arah abang iparnya itu. Nurain sudah tersengih-sengih. Kasihan pula akan suaminya itu. Sejak dia hamil, segala alahan ditanggung oleh suaminya.

            “As, awak tu tak kahwin pun lagi. Jangan nak mengada,” kata Nurain lantas meninggalkan Asfar yang sedang tersenyum senget.

            Nurain memandang kak long dan mama yang sedang melurut lembut belakang suaminya yang sedang memuntahkan segala isi perutnya ke dalam singki. Dia turut mendapatkan suaminya itu. Alah, bukannya apa sangat yang keluar, air sahaja. Kalau dah banyak kali muntah dan tidak masuk makanan, memang air sajalah yang dikeluarkan.

            “Abang okey tak ni?” soal Nurain.

            “Sayang jangan duduk jauh-jauh boleh tak? Janganlah seksa abang,” rayu Syazwan setelah dia mencuci mulutnya.

            “Hah, buatlah lagi frost face tu. Lagi abang buat, lagi jauh Ain duduk,” ugut Nurain. Syazwan mengetap bibirnya menahan geram. Pipi isterinya itu dicubit.

            “Yalah, Ain takkan tinggalkan Mr Frost Face Ain ni,” kata Nurain. Syazwan tersenyum bahagia. Tangan Syazwan melingkar pada pinggang isterinya. Dato’ Farid, Datin Qamarina,  Puan Hidayah, Syahirah, dan Asfar yang sudah tercegat di hadapan kakaknya tersenyum gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh insan-insan yang mereka sayangi. Moga bahagia yang dirasai terus berkekalan selagi hayat dikandung badan.  

P/S: Komenlah apa-apa pun dekat ruang komen yang ada. Rasa teringin pula nak baca komen readers ni. Haha, ;). Heee, gurau2. Tak apa. Tak komen pun tak apa. Jadi silent reader pun saya bersyukur dah. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dekat korang. Dan yang komen pun, alhamdulillah, terima kasih juga sebab membantu saya untuk terus bersemangat dan bermotivasi, :).   

9 comments: