Total Pageviews

FIRST BABY

Saturday 3 September 2016

Cerpen- Siapa Aku Pada Kamu? (Part 1)

Titipan penulis: Assalamualaikum, :). Last update bulan Jun, kini update bulan September. Lepas ni update bulan Disember pula. Jadi kalau rasa tak nak hampa, dalam tempoh bulan September ke Disember tak perlu jenguk blog yang sepi lagikan bersawang ini. Daku sesungguhnya sangat sibuk, :). Saya hanya mampu bagi cerpen sahaja bulan ni. Ni pun curi masa menulis untuk update. Untuk yang minta JBC tu, thank you, :). Baru sedar, cerita tu dah berzaman sebenarnya dalam blog ni. Disebabkan jarang-jarang sangat update blog, maka tak tamat-tamat pun lagi ceritanya. Haha. Bulan Disember nanti saya masukkan semua bab JBC sampai habis. Untuk bulan September ni, saya hantarkan cerpen untuk kalian. Part 1 malam ni, malam esok part 2 sehingga tamat. Sorry for any flaws. Thank you, :).




            LANGIT biru itu kurenung lama. Seperti biasa. Seperti selalu. Di sini tiada matahari terik seperti di tanah air. Di sini tiada matahari membahang seperti di tanah air. Dan entah mengapa, kadang aku rindu untuk kembali ke sana.

            Tangan yang terasa lenguh mengalas kepala kualihkan memeluk tubuh. Muzik mozart yang sedang bermain di telinga terasa membuai jiwa. Fon telinga kutanggalkan sebelum pemain MP3 pada tangan kumatikan.

            Jam pada pergelangan tangan kuperhatikan. Buat kesekian kalinya, aku mengeluh hampa. Sungguh, aku hampa. Kalaulah jeritanku boleh sampai ke Malaysia, memang sudah lama aku menjerit. Aku ingin menyatakan kepada ibu bahawa penantianku selama lima bulan di sini, sia-sia.

            Tubuh kutegakkan. Novel karya Alyson Noel yang terdampar di atas rumput itu kucapai sebelum aku bangun berdiri dan mengibas-ngibas sedikit belakang tubuh yang dibaringkan di atas lantai rumput tadi. Langkah mula dibuka.

            Sekilas, aku berpaling ke belakang seperti selalu, sebelum aku meninggalkan kawasan ini. Namun tiada. Kosong. Hanya ada dedaun kering yang riang berterbangan ditiup angin. Aku berpaling ke hadapan semula. Fon telinga kupasang. Aku diam. Melayan mozart yang berdendang pada telinga. Mata bergenang. Air mata menitis lagi.


            KALENDAR yang tergantung di hadapan kuperhati lama. Tangan yang sedang memegang marker lambat-lambat kuangkat. Memangkah tarikh itu. 30 April. Esok, 1 Mei, aku perlu pulang ke tanah air, sementelah itu ialah janjiku kepada ibu. Kerana sudah cukup lama aku meninggalkan tanah air. Terlalu lama. Dan jika aku pulang esok, bermakna aku tidak dapat menanti lagi.

            Kadang, rasa menyesal tidak mendengar bicara ibu. Kata ibu, jangan berharap pada yang tidak pasti. Tapi entahlah... Masakan aku tidak berharap jika dia sendiri yang berjanji? Dan janjinya itu sentiasa terdengar-dengar menampar gegendang telingaku.

            This is the first time we met and we’ve spent and shared so much together, though. Please, do wait for me again. We will meet again. Every first day of each month. We’ll meet again here at the same time, I promise you.

            Itu janji dia. Ya, janji dia.

            Tetapi sudah dua puluh lapan kali. Dua puluh lapan kali hari pertama setiap bulan berlalu. Dan setiap kali itu, dia mengingkari janjinya.

            Tuhan, kalau ada yang mendengar ceritaku, pastilah mereka mengatakan aku bodoh. Ya, aku bodoh. Bodoh kerana mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.

            Kata adik aku, “Berpijaklah di bumi yang nyata, kak. Kau kenal dia pun baru sekali. Nama penuh dia pun kau tak tahu. Asal-usul dia pun kau tak tahu. Kau harap dia akan jumpa kau lagi? Hei, lelaki, kak... Janji memanglah manis-manis. Tapi letak kat tepi bibir aje. Tak lama lepas ditutur janji tu, gugurlah janji tu dari tepi bibir. Baik kau baliklah, kak. Lebih dua tahun kau tunggu dia. Kau tak rasa kau macam orang bodoh?”

            Itulah Leena, adik aku. Adik aku sendiri mengatakan aku bodoh. Okey, oleh kerana Leena sendiri mengatakan aku bodoh. Maka aku terpaksa akur. Terpaksa telan. Aku memang bodoh.

            Marker kucampakkan ke dalam bakul sampah. Dakwatnya sudah habis. Lebih dua tahun, marker itulah yang setia menemaniku menanda kalander. Barangkali ini juga tanda, aku harus menamatkan hubungan ini.

            Huh? Hubungan? Aku menarik senyum pudar. Hubungan apa, Hamraa’? Hubungan yang kau harapkan? Begitu? Sudahlah, Hamraa’. Kau ingat pesan Leena. Berpijak di bumi yang nyata. Kenyataannya, manusia pandai menipu.

            Aku menghempaskan tubuh di atas katil. Tangan kujadikan pengalas kepala. Aku tidak ke sana lagi pada hari ini, menanti sesuatu yang tidak pasti. Huh, lagipun hari ini merupakan hari terakhir bulan empat. Bukannya hari pertama. Sejujurnya, setiap hari aku ke sana. Menanti dia.

            Ah! Bodohnya aku!

            Aku terus bangkit daripada pembaringan. Rambut kukusutkan seboleh yang mungkin. Geram dengan diri sendiri!

            Saat sedang melayan perasaan, kedengaran pintu bilik diketuk dari luar.

            Miss?” sapa suara itu.

            Yaaa!” sahutku kuat.

            Tea time,” ujar Mak Yusma, pembantu rumah di dalam rumah agam ini.

            Will be downstairs in five minutes time,” sahutku.

            Rambut yang kusut kukemaskan kembali. Tangan bergerak mencapai selendang yang kusangkut pada kepala katil sebelum kulilit pada kepala sekadarnya. Cukuplah menutup apa-apa yang patut. Bukannya aku tak tahu kegemaran abang. Suka minum petang di luar rumah.

            Langkah kuatur turun ke bawah dengan semangat yang terasa merudum jatuh menyerap pada lantai. Hei... Ingat Tuhan, Lidiya. Allah tak izinkan kau jumpa dia lagi. Sebab kau belum sedia lagi. Itu juga apa yang abang selalu pesan dan cakap pada aku.

            Ya, aku akui hakikat itu. Barangkali benar aku tidak bersedia dua tahun lalu. Ketika Islam agamaku, tetapi bukan cara hidupku. Walhal Islam itu ialah ad-din... Cara hidup. Ketika itu, hukum hanya kuikut sikit-sikit. Soal halal haram makan, aku jagalah. Tetapi pergaulan, ibadat dan sebagainya... Tidak. Tidak sama sekali.

            Sehinggalah pada tahun lepas... Aku bertemu abang.


            TUBUH abang kupeluk erat-erat. Dan aku dengar dia ketawa. Barangkali geli hati dengan keletahku.

            Will miss you a lot, abang. Will really, really miss you. Will miss you damn much. You’ve helped me a lot. Teach me a lot. Oh my... You’re so good to me. How I regret knowing you so late. How can I don’t ever know that I have my brother alive for the last twenty five years I live? Oh Allah, thank you so much!” tuturku. Sungguh, aku bersyukur dapat mengenali abang. Ya, abang yang tak pernah aku tahu dia hidup sehinggalah umurku mencecah dua puluh lima, tahun lepas.

            Abang membalas pelukanku. Dia memelukku erat, siap dukung aku buat satu pusingan lengkap tiga ratus enam puluh darjah lagi. Aku ketawa girang. Kadang aku suka dengan sikap abang yang memanjakan aku.

            Will miss you too, Lidiya Hamraa’. Be a good muslimah, be a good daughter. Dengar cakap ibu dengan ayah, Lid. Kirim salam abang pada ibu dan Leena. Dahlah... InsyaAllah, next two weeks, abang sampai depan rumah,” tutur abang selepas dia merungkai pelukannya pada tubuhku. Aku menarik senyum hingga ke telinga.

            “InsyaAllah. Abang mesti sampai rumah, ya? Ayah, ibu dengan Leena perlu jumpa abang. They need to know about you,” kataku. Abang tersenyum.

            “InsyaAllah, Lid. Dah, geraklah sekarang. Abang pun kena gerak ke Perlis,” kata abang. Aku tersenyum sebelum mengangguk. Tangan abang kucapai dan kusalam sebagai tanda pamitan.

            “Assalamualaikum,” ucapku sebelum mencapai bagasiku.    

            “Waalaikumussalam,” jawab abang.

            “Abang jalanlah dulu,” suruhku. Abang menjegilkan matanya. Aku tertawa.

            “Alaaa, Lid takut abang sesat. Abang bukannya selalu balik Malaysia. Lid tak apalah. Dah biasa dengan Malaysia,” ujarku memberi alasan. Akhirnya abang ketawa akur.

            Okay, take care, Lid,” pesan abang sebelum dia berpaling dan bergerak pergi. Dia sempat berpaling memandangku dan melambai sedikit. Aku membalas lambaiannya dengan senyum girang pada bibir. Seraya itu abang memandang ke hadapan semula. Tangannya bergerak masuk ke dalam kedua-dua saku seluar jeans yang dipakainya. Aku tersenyum puas sebelum aku juga turut berpaling.

            Aku menarik nafas dalam-dalam. A new life, Lidiya Hamraa’. A new chapter of your life is waiting for you. Move on, Lid. Move on.



            HEY, watch your move! Why did you suddenly stop?!

            Jantung hampir-hampir terasa hendak melompat keluar mendengar suara kasar yang menyergah itu. Tuhan! Terkejut aku! Aku bukannya sengaja nak berhenti. Dah tiba-tiba ada budak kecil berlari depan aku. Takkan aku nak langgar budak tu pula? Hamba Allah yang di belakang ini pun, macamlah tak ada laluan lain sampai kena jalan di belakang aku?

            Aku mengurut dada, menghilangkan debar yang bertandang.

            I’m sorry,” tuturku selamba tanpa memandang wajahnya sebelum aku mula menyambung langkah yang terhenti tadi.

            So rude!

            Aku terkaku mendengarnya. Keras sekejap kaki aku.

            Oh, not again?! Hey, miss! What is your problem?!” sergah suara itu. Mataku membulat. Allah! Apalah masalah manusia ini? Jalan dalam KLIA 2 ni besar kot! Dia buta ke apa sampai aku kena bimbing langkah dia?

            Sabar, Lidiya. Sabar. Aku pujuk diriku sebaik mungkin.

            Sekali lagi aku menyambung semula langkahku.

            Oh God! Such a crazy girl!

            Dum! Jantung terasa bergegar semacam. Oh, Tuhan! Dia kata aku gila? Langkah termati lagi. Darah dah terasa membuak-buak naik ke muka. Kalaulah aku ni watak dalam kartun, memang dah nampak kut telinga aku berasap-asap.

            Oh my God! Just what is your problem, girl! Could you just walk without stopping suddenly?!” bentak suara garau itu. Dan sekelip mata, dia sudah berdiri di hadapanku. Mataku yang tadinya sudah membulat semakin membulat. Wajah yang sedang berkaca mata hitam itu kurenung lama. Aku agak, dia bukan orang Malaysia.

            Sorry, sayang. I’ll talk to you later. Love you.” Dia bersuara, barangkali dituju buat orang yang sedang bercakap dengannya melalui telefon. Lain sungguh nada suaranya. Bajet romantik sangat! Geli telinga aku!

            Cepat sahaja aku ingin berlalu dari situ. Langkah sudah kubuka. Baru dua tapak berjalan, tangan yang sedang menarik beg pakaian terasa ditarik kuat menyebabkan aku terdorong ke belakang, melayang dan...

            Bedebuk!

            Mata terpejam menahan sakit.

            Awww!!! Sakitlah, mangkuk!!!” Aku menjerit sekuat yang boleh. Untung-untung mat saleh tu tak faham Bahasa Melayu, baguslah juga aku sumpah dia macam tu. Ada air mata terasa mengalir keluar daripada mata. Mahu tak sakit? Lengkap satu badan hempap lantai. Siap dengan kepala lagi. Berdengung sekejap kepala aku. Tengah-tengah KLIA 2 tu aku terjatuh! Mamat ni memang gila!

            Seketika, aku terdengar suara-suara kecoh di sekeliling aku.

            Miss, are you okay?

            Laju sahaja aku membuka mata yang terpejam. Aku cuba hendak bangun, tapi macam tak boleh. Aku dah cemas. Allah... Kenapa ni? Aku merenung wajah lelaki separuh usia yang sedang merenungku. Dia memakai seragam imigresen.

            Uncle... Saya... Saya...”

            Miss, you okey ke tak ni?” soal pak cik itu lagi. Pak cik? Huh! Hentam!

            “Saya tak boleh gerak!!!” Kuat aku menjerit. Sungguh, aku tak boleh bergerak langsung.

            Ambulance! Call the ambulance now!” Cemas suara-suara manusia di sekelilingku. Semakin lama, semakin ramai pula orang berada di sekitarku. Malunya! Tuhan! Kalaulah aku boleh bergerak, memang aku dah lari masuk teksi.

            Mat saleh! Memang aku berdendam dengan kau!


            SELAMA satu hari aku terdampar di hospital sebab mat saleh tak waras tu. Sudahlah dia tak bertanggungjawab! Aku rasa, dia terus lari lepas buat aku terjatuh masa tu. Konon-konon, aku terjatuh sebab salah sendiri. Berjalan tak pandang depan. Walhal, dia yang buat! Kalau aku kenal siapa dia, memang aku dah buat laporan polis dah!

            Kata doktor, aku tak boleh bergerak kerana kejutan. Aku terkejut ketika terjatuh dan mengalami trauma kecil disebabkan kejatuhan itu. Sebab itu badan aku tak boleh bergerak. Bila trauma tu dah surut, perlahan-lahan tubuh boleh bergerak semula. Heh, aku tak tahu pun wujud penyakit sebegitu. Apa-apalah... Syukur, aku sudah boleh bergerak seperti biasa sekarang.

            Aku pandang kalendar di hadapan mata. Esok 1 Jun. Hish! Kenapalah aku masih diganggu kenangan lama? Pantas kubuang segala kenangan yang tidak penting itu jauh ke luar kotak ingatan.

            Lusa, ayah akan bawa aku ke syarikat lagi. Menurut ayah, lusa aku perlu berjumpa klien. Belajar berjumpa klien, sebenarnya. Masih akan ada yang membantuku lusa. Tidak sabar-sabar pula. Sudah dua minggu aku mula belajar bekerja dengan ayah.

            Dua minggu yang lepas juga, abang telah bertemu dengan ayah, ibu dan Leena. Pada awalnya, memang ayah, ibu dan Leena agak terkejut menerima kehadiran abang. Kerana sejauh pengetahuan ayah, abang sudah tiada. Ya, sejauh pengetahuan ayah, ketika bekas isteri pertamanya yang sudah diceraikan berada di bumi London bersama-sama abang, mereka mengalami kemalangan jalan raya. Dan kedua-duanya tidak dapat diselamatkan di dalam kemalangan yang melibatkan kebakaran itu. Apa tidaknya, memang telah ditemui dua mayat yang rentung selepas api dipadamkan. Seorang wanita dan seorang kanak-kanak berusia lebih kurang lapan tahun.

            Rupa-rupanya, bukan abang yang terlibat di dalam kemalangan itu. Abang sudah tidak menetap dengan ibu kandungnya sejak usianya tujuh tahun lagi. Ibu kandungnya meninggalkan dia, terbiar. Dan dia dijumpai dan dipelihara oleh sepasang pasangan Muslim pada ketika itu. Yang mana pasangan itulah yang menghadiahkan syarikat mereka dan rumah agam yang dihuni abang sekarang ini kepada abang kerana mereka tidak mempunyai sebarang waris lagi.

            Soal siapa yang terlibat di dalam kemalangan itu, abang tidak tahu.

            Dan bagaimana aku boleh berjumpa dengan abang? Aku tersenyum mengingati kisah itu. Kalaulah bukan kerana rahmat Allah yang menggerakkan hati abang, barangkali sekarang aku sudah menangisi diri kerana gagal menjaga maruah seorang wanita. Abang menyelamatkan aku daripada hampir diperkosa. Malam itu aku menghabiskan masa lebih lama menanti ‘dia’. Sangat lama, sebenarnya. Ya, aku pulang sangat lewat. Dan kelewatan itu menyebabkan aku menjadi sasaran.

            Alhamdulillah, abang menyelamatkanku. Dia membawa aku pulang ke rumah agamnya dan membenarkan  aku berehat di situ sehingga trauma aku benar-benar hilang. Dan sebelum dia menghantar aku pulang ke tempat penginapanku, kami sempat berkenalan. Awalnya, aku terkejut juga mendengar kenyataannya bahawa dia merupakan seorang Melayu. Kerana wajahnya tidak seperti seorang Melayu. Aku memberitahu nama penuhku dan wajahnya tampak sedikit berkocak mendengar nama ayah. Aku bertanya mengapa air mukanya berubah. Dia sekadar senyum dan menyatakan bahawa nama ayah kami sama. Aku tidak ambil kisah. Nama saja yang sama. Aku fikir itu hanya kebetulan. Kami mula berkawan. Dan menjadi kawan kepada abang, sedikit-sedikit mengubah aku. Tetapi sedikit sahajalah. Kiranya, aku sudah pandai untuk menjaga diri agar tidak menyentuh lelaki yang bukan mahramku. Kerana abang bukannya lelaki yang boleh disentuh oleh bukan mahramnya.

            Sehinggalah pada suatu hari dia meminta untuk melihat wajah ahli keluargaku. Aku tidak keberatan, kerana aku tahu, dia tidak punya keluarga. Apa salahnya aku berkongsi? Maka aku tunjukkan gambar ahli keluargaku yang berada di dalam simpanan telefonku. Dan pada saat melihat wajah ayah, abang berubah. Dia meminta aku kembali pada gambar sebelumnya, yang memaparkan wajah ayah. Dia bertanya, apakah benar ini wajah ayah aku? Maka aku jawab, ya. Lalu dia meminta kepastian. Siap disebut asal usul ayah. Nama datuk dan moyangku. Aku pelik juga, bagaimana dia tahu, sehinggalah aku teringat, bahawa nama ayah kami sama!

            Sejurus itu, aku teringat mengenai cerita ayah, berkenaan abang yang aku miliki. Yang menurut ayah, dia sudah meninggal.

            Lalu aku luahkan kepada abang. Dan kala itulah abang menjelaskan segala-galanya mengenai dirinya yang tidak terlibat di dalam kemalangan itu. Dan kami memandai-mandai membuat kesimpulan bahawa kami ini merupakan adik-beradik. Tetapi kesimpulan pandai-pandai kami, tidaklah membolehkan kami bersentuhan pun. Cuma lebih mesra. Abang memaksa aku membuat ujian DNA ketika dia tahu yang ayah akan datang ke London atas urusan kerja dan bertemu aku. Lalu aku akur. Aku meminta izin untuk menarik beberapa helai rambut ayah atas alasan aku rindukan ayah. Walaupun ayah agak pelik, namun dilayan sahaja permintaanku itu. Barangkali dia memikirkan bahawa emosiku tidak stabil kerana masih belum bertemu dengan ‘dia’.

            Nyata keputusannya benar. Kami memang adik beradik. Biarpun berlainan ibu. Tetapi kehadiran abang, aku tidak ceritakan kepada mana-mana ahli keluargaku. Kalau abang suruh menyampaikan salam pun, aku cuma memberitahu, ada kawan yang mengirim salam. Bukan abang. Abang sendiri sedia maklum mengenai itu.

            Syukurlah, kami bersatu kembali. Benar, aku bersyukur kerana itu.Tubuh kurebahkan di atas katil, melayan tubuh yang terasa penat. Mata kupejamkan rapat. Entah mengapa, wajah mat saleh berkaca mata hitam itu mengisi ruang fikiran. Ah, sudah! Dah kenapa ni?


            AKU melepaskan keluh perlahan memikirkan ragam cerewet klien yang baru sahaja kutemui pagi tadi. Ceh! Walhal wakil sahaja pun, cerewet dia... Subhanallah! Kalau diikutkan, memang dah lama aku angkat kaki keluar dari bilik mensyuarat itu.

            Maka kerana itu aku mengambil keputusan untuk tidak berurusan dengan wakil itu lagi. Aku mahu bercakap dengan orang yang sepatutnya berurusan dengan aku. Tetapi menurut si wakil, bosnya tidak akan berada di Malaysia sehinggalah satu tempoh tertentu. Lalu aku buat muka tak kisah. Kalau benarlah, dia mahu syarikat kami yang menguruskan rekaan untuk outlet terbaharunya, maka dia perlu bersemuka dengan aku. Aku tidak mahu mengikut kehendak si wakil yang cerewet. Buang masa aku sahaja jika nanti orang yang sepatutnya berurusan dengan aku berkehendakkan rekaan yang lain pula.

            Huh! Penat memikirkan hal syarikat, aku mula mencapai telefon di atas katil. Skype dengan abang, sembang tentang agama lagi baik. Sementara menunggu abang muncul di dalam talian, wajah ‘mat saleh mangkuk’ itu menerjah fikiranku. Ops! Bukan aku sengaja nak mengutuk. Tapi disebabkan lelaki itu memang benar-benar menyakitiku, lalu setiap kali aku teringatkan dia dan peristiwa fobia tidak boleh bergerak, gelaran ‘mangkuk’ tetap kukuh melekat dengan lelaki itu.


            AKU memandang kalendar, memerhatikan jadualku. Mencari lompong di mana-mana. Hah! Jumpa.

            Ummm... How about on the 1st of July?” soalku. Eheh... Aku pula yang terdiam sesaat. 1 Julai? Hmmm... Redha, Lid.

            Nice. Will meet you here at nine o’clock. If anything came up, let me know. Thanks.

            Okay, thank you too,” ujarku seraya meletakkan gagang telefon. Butang interkom kutekan. Ceh! Dah merasa jadi bos besar sikit. Ayah dah naikkan pangkat aku, memandangkan prestasi kerja aku boleh tahan bagus. Bukanlah nak memuji diri sendiri, ayah yang berkata begitu.

            Natalie, please remind me that on the 1st of July, I’ll have an appoinment with our client from The Nocturnal,” ujarku.

            Alright, Lidiya,” jawab Natalie.

            Thanks,” ucapku sepatah. Alhamdulillah, akhirnya, dapat juga aku tetapkan satu tarikh yang pasti untuk bertemu dengan klienku yang satu itu.
 

No comments:

Post a Comment