Total Pageviews

FIRST BABY

Saturday 14 September 2013

Cerpen- Cinta Miss Troublemaker -Part 3-



            “AWAK ke yang lap lantai tu?” soal Musyirah. Nazhirin yang sedang menulis sesuatu itu terus menoleh. Dia mengangguk lantas buku tadi diletakkan kembali ke atas meja kerjanya. Dia bangun daripada duduknya dan berjalan ke katil lantas tubuhnya direbahkan ke atas katil. Tangannya disilangkan ke bawah kepala.

            “Dah solat Isyak?” soal Nazhirin. Musyirah mengangguk.

            Good. Please turn off the lights and close the door,” ujar Nazhirin. Tercengang sejenak Musyirah dibuatnya.

            “Itu aje ke yang awak nak suruh saya buat?” soal Musyirah. Dia fikir ada perkara penting yang hendak Nazhirin bicarakan. Nazhirin mengangguk.

            But make sure you are in the room, not out of the room,” tokok Nazhirin. Bagai tak cukup oksigen Musyirah menarik nafasnya pada ketika ini. Tangannya yang ingin menekan suis lampu terus terhenti. Liur yang ditelan terasa kelat.

            “Kenapa saya kena duduk dekat dalam pulak? Tak naklah saya,” ujar Musyirah, gugup.

            Nawar Musyirah, who’s the husband now?” soal Nazhirin. Musyirah mengeluh kecil.

            “Yalah, awak suami, saya isteri. Isteri kena taat kepada suaminya jika suaminya berkata-kata ke arah kebaikan,” kata Musyirah. Habis diulang segala apa yang pernah Nazhirin beritahu kepadanya suatu ketika dahulu. Suis lampu bilik itu ditekan jua.

            “Ingat pun. Bagus. Okay, close the door and come here. Don’t forget to lock the door,” tutur Nazhirin. Musyirah sudah berasa seram sejuk. Mama, apa semua ni? Jangan-jangan... Haaa... tak nak! Syira tak nak, mama! Jerit Musyirah di dalam hatinya.

            Musyirah menutup pintu bilik itu sebleum menguncinya. Sebagai tanda protes, sempat lagi dia menyepak pintu itu. Nafasnya ditarik sebelum dia berjalan ke katil suaminya itu. Kalaulah ini cuma satu mimpi, dia ingin bangun daripada lenanya sepantas yang mampu. Tapi sayang, ini adalah realiti. Mujurlah lampu tidur bilik itu terpasang. Kuranglah sedikit rasa tidak selesanya.

            What are you staring at? Can’t you have your sit?” soal Nazhirin. Musyirah yang sedang khusyuk termenung sedikit tersentak tatkala mendengarkan suara Nazhirin.

            Musyirah melabuhkan duduk di birai katil. Perasaannya cuba untuk dineutralkan tanpa sebarang asid mahupun alkali. Setelah itu, dia duduk bersila di atas katil itu, sengaja ingin menonjolkan rasa sebalnya. Lantaklah awak nak fikir apa-apa pun. Saya tak kisah! Gerutu Musyirah di dalam hatinya. Wajahnya sudah kelat, sekelat-kelatnya.

            “Awak nak apa?” soal Musyirah. Pantas dia menekup mulutnya, menyedari keterlanjurannya. Dia berdehem beberapa kali. Suara monster mana pulak ni? Seraknya! Seksalah aku kalau macam ni! Gumam Musyirah sekadar di dalam hati. Bagaikan teringat-ingat  kata-kata Nazhirin terhadapnya dahulu.

            “Suara macam mana yang saya suka? Serak. Saya suka suara yang seakan-akan suara orang yang baru bangun tidur. Suara serak-serak basah. Bagi saya, suara macam tu ada tarikan yang tersendiri.” Itulah jawapan Nazhirin ketika dia bertanyakan suara bagaimana yang disukai oleh Nazhirin. Seingatnya, pada ketika itu mereka secara tidak sengaja terubah siaran kepada rancangan bercorak hiburan. Suaminya itu, kalau bukan rancangan dokumentari, rancangan agama yang menjadi pilihannya. Rancangan-rancangan bercorak hiburan, awal-awal sudah ditolaknya. Sejak mendengar jawapan Nazhirin itu, dia tidak akan berbicara dengan Nazhirin sebaik sahaja bangun daripada tidur. Nazhirin tanyalah apa-apa sahaja, selagi dia belum membetulkan suaranya di dalam tandas, selagi itulah soalan Nazhirin tidak akan berjawab.

            Nazhirin sudah bangun daripada pembaringannya. Dia turut bersila, menghadap Musyirah. Jari telunjuknya digerakkan, mengarah Musyirah untuk duduk bertentangan dengannya.

            Say something,” kata Nazhirin. Musyirah sudah mengerutkan keningnya. Habislah. Kalau dia tertarik dengan suara kau macam mana? Duga akalnya. Tak akan punya! Tapi kalau ya pun apa salahnya, balas hatinya. Bibirnya mengukir senyum.

            “Kenapa? Nak cakap apa?” soal Musyirah. Nazhirin tersenyum. Suka mendengar suara isterinya itu.

            I want to hear your voice. Bunyi macam Syira nak sakit aje. Could you say my full name and yours, with a word between our name?” kata Nazhirin. Musyirah membesarkan matanya.

            Any words?” soal Musyirah. Nazhirin menggeleng.

            No, you can’t put any negative words such as hate,” tutur Nazhirin. Kalau macam tu perkataan baik-baik ajelah yang tinggal? Apa ya? Gumam Musyirah di dalam hatinya.

            “Nazhirin Syahran bin Mukhtar, emmm... Betul awak tak kisah perkataan apa-apa pun?” soal Musyirah, menginginkan kepastian. Nazhirirn mengangguk, masih setia menanti bicara Musyirah.

            Okay, Nazhirin Syahran bin Mukhtar l-o-v-e Nawar Musyirah binti Khalil,” tutur Musyirah. Sengaja dia mengeja perkataan ‘love’ itu. Nazhirin sudah menarik lembut hidung Musyirah. Geram mendengarkan bicara isterinya itu.

            Hey, when did I ever said that I love you?” soal Nazhirin. Musyirah menggosok hidungnya. Mujurlah Nazhirin menarik hidungnya dengan lembut, jika tidak dia akan menjalankan mogoknya. Hidungnya memang pantang disentuh. Tetapi jika Nazhirin yang menyentuhnya, pantangnya itu dapat dikurangkan atau mungkin dihapuskan.

            “Tak pernah pun. Saya cakap aje apa yang terlintas dalam kotak fikiran saya. Lagipun, awak kata nama awak dulu, baru nama saya. But, I hope so,” kata Musyirah. Suaranya semakin perlahan pada hujung ayatnya. Dia berdehem beberapa kali, cuba untuk membetulkan suaranya.

            Or actually, you did love me?” duga Nazhirin. Wajahnya didekatkan dengan wajah Musyirah. Terus berubah cemas wajah Musyirah. Wajahnya ditarik ke belakang, tidak mahu wajah Nazhirin terlalu hampir dengan wajahnya.

            “Errr... tak salah kan? Dah awak tu suami saya, mestilah saya kena cintakan awak kan? Kalau saya cintakan orang lain, tak ke berdosa?” kata Musyirah. Bernas sungguh jawapannya. Wajah Nazhirin ditolaknya. Boleh pula Nazhirin ketawa tatkala wajahnya ditolak. Suka melihat reaksi Musyirah yang menggelabah itu.

            “Kenapa ketawa? Awak nak saya cintakan orang lain? Tak kisah?” soal Musyirah. Nazhirin menjegilkan matanya.

            “Berani? If I ever saw that man. He is the first to be my victim,” ujar Nazhirin.

            As long as Nawar Musyirah binti Khalil is a wife to Nazhirin Syahran bin Mukhtar, she must always take care of her husband’s pride. Remember that dear?” soal Nazhirin. Musyirah tersenyum dan mengangguk. Terasa seram sejuk pula apabila Nazhirin menggunakan perkataan ‘dear’ itu.

            Salah satu perkara yang membuatkan Musyirah ingin menikahi Nazhirin ialah kerana sikap Nazhirin. Dalam bicara suaminya itu, pasti akan diselitkan ilmu agama dan sikap Nazhirin itu semakin lama semakin mampu untuk mencairkan hati wanitanya yang sedia lembut.

            I think that you are sicken because of the rain. Come, have your rest,” tutur Nazhirin. Bantal yang berada di sebelah bantalnya ditepuk.

            In this room? On this bed? Beside you?” soal Musyirah bertalu-talu. Nazhirin mengangguk.

            Yes, in this room, on this bed, and beside me. You know what? A wife’s place is beside her husband,” kata Nazhirin.

            Okay, my dearest husband. I’ll have my rest in this room, on this bed, and beside you,” ujar Musyirah. Perkataan ‘beside you’ sengaja ditekankan. Dia merebahkan tubuhnya. Nazhirin sudah tersenyum. Dia menyelimuti tubuh Musyirah dengan comforter sebelum merebahkan tubuhnya di sebelah Musyirah.

            Thanks,” ucap Nazhirin. Musyirah membuka semula matanya yang dipejamkan tadi. Dia mengiring menghadap Nazhirin. Mata Nazhirin direnungnya.

            “Untuk apa?” soal Musyirah. Nazhirin tersenyum.

          “Sebab cintakan saya,” jawab Nazhirin. Musyirah membalas senyuman Nazhirin sebelum memejamkan matanya kembali.

            “Tak ada apa-apa yang perlu diterima kasihkan. Perasaan sayang, suka, cinta itu adalah sebahagian daripada perasaan saya terhadap awak. Perasaan daripada seorang isteri terhadap suaminya. Perasaan daripada seorang kekasih terhadap kekasihnya. Perasaan daripada Nawar Musyirah terhadap Nazhirin Syahran. Perasaan daripada Miss Troublemaker terhadap suaminya, Mr Perfect. Tapi Allah itu tetap Maha Sempurna.

           Awak bijak berkata-kata. Setiap ayat yang keluar daripada mulut ada makna yang tersendiri, ada pengajaran yang tersendiri. Awak mengajar dan mendidik saya melalui kata-kata awak. Kata-kata awak terus membuatkan saya jatuh cinta terhadap awak. Setiap bulan, setiap minggu, setiap hari, setiap jam, setiap minit, bahkan setiap saat, sehingga bumi berhenti berputar, selagi hayat dikandung badan.

            Walaupun perkahwinan yang kita bina tanpa dasar cinta meski penuh kerelaan, tapi awak berjaya buat saya cintakan awak. Kata-kata awak, nasihat awak, bebelan awak, ibarat irama yang indah di pendengaran saya. Irama yang sukar untuk saya temui di tempat lain. Limited edition. Yang mana irama itu, hanya mampu untuk saya dengar daripada awak.

            Sikap bertanggungjawab awak, prihatin, membuatkan saya semakin sukakan awak. Awak tak pernah tunjukkan tu semua di khalayak ramai. Hanya saya yang merasai, tanpa perlu dikongsi. Di hadapan orang lain, kita ibarat orang asing, yang seakan-akan tidak mengenali antara satu sama lain, tapi kita tahu dekat mana nak kita nak cari diri masing-masing. Pelik, but that’s the fact. Seriously... from my... deepest heart, I...” Musyirah sudah berhenti berbicara. Ternyata dia sudah lena.

            Nazhirin tersenyum. Dia tahu yang Musyirah berbicara dengan minda di bawah sedar. Maka segala perasaan yang dapat dirasai tanpa disedarinya, akan diluahkan. Luahan itu adalah luahan yang benar, tanpa sebarang helah yang mampu dicipta oleh akal yang waras.

            “Kau dah kalah dengan dia, Naz. Dah kalah,” desis Nazhirin perlahan. Rambut Musyirah dielus lembut. Musyirah memang memiliki raut wajah yang indah. Sepasang mata yang bulat dengan iris matanya berwarna perang. Hidung yang agak mancung dan dua ulas bibir merah yang terbentuk indah. Kulit Musyirah juga cerah.

            Nazhirin dapat merasakan badan Musyirah sedikit berbahang. Belakang tangannya dilekapkan pada dahi Musyirah kemudian beralih pula pada kedua-dua belah pipi dan leher Musyirah. Tangannya ditarik kembali.

            Nazhirin bangun daripada pembaringannya dan duduk di birai katil. Laci meja lampu tidur dibuka lantas sepapan panadol diambil dan dikeluarkan sebiji daripadanya. Botol air yang terdapat di atas meja itu turut diambil. Dia berpaling menghadap Musyirah lantas bahu Musyirah digerakkannya.

            “Syira.” Nazhirin mengejutkan Musyirah daripada lenanya.

            “Hmmm...” sahut Musyirah, malas.

            “Bangun, makan panadol ni. Syira demam tu,” kata Nazhirin. Pantas Musyirah menggeleng. Baginya, ubat itu adalah musush utamanya selain daripada Syaitan.

            “Tak naklah. Syira tak suka makan ubat,” gumam Musyirah. Matanya masih lagi terpejam.

            Wake up Musyirah,” kata Nazhirin. Musyirah masih menggeleng.

        Nawar Musyirah binti Khalil, please wake up,” ujar Nazhirin, lembut. Musyirah yang mendengarnya pantas bangun. Dia tahu, andai nama penuhnya sudah diseru, maka dia sudah tidak boleh membantah. Suaminya itu, dalam ketegasan, masih kekal nada kelembutannya.

           “Abang nak Syira makan ubat ni,” tutur Nazhirin. Jantung Musyirah terasa bagaikan ingin melompat keluar tatkala mendengar pengucapan suaminya itu.

            Pardon? Did you just adressed yourself with abang?” soal Musyirah. Nazhirin hanya tersenyum.

            Eat this,” kata Nazhirin. Ubat dan botol air yang sudah dibuka penutupnya diserahkan kepada Musyirah.

            “Tak cukup air ni...” ujar Musyirah.

            “Cubalah makan,” kata Nazhirin. Musyirah mengangguk. Jika sebelum ini, abangnya yang memaksa dia memakan ubat, dia masih boleh menolak. Tetapi kini, apabila lelaki yang menggalas gelaran dan tanggungjawab sebagai suaminya yang memaksa dia memakan ubat itu, apalah haknya sebagai seorang isteri untuk menolak? Lagipun, memakan ubat itu adalah untuk kebaikan dirinya juga.

            Don’t forget to recite basmallah,” pesan Nazhirin. Musyirah mengangguk lantas dia melafazkan basmallah.

            “Selawat sikit,” tokok Nazhirin. Musyirah terasa seperti ingin ketawa. Pantas dikawal mulutnya. Macam-macam yang Nazhirin pesan kepadanya. Musyirah memasukkan ubat tersebut ke dalam multnya. Air yang ditelan buat kali pertama masih tidak mampu untuk membawa ubat yang berada di dalam mulutnya untuk masuk ke dalam perutnya.

            Musyirah menekup mulutnya. Matanya sudah berair. Kepalanya digeleng laju. Nazhirin beralih duduk di sisi Musyirah. Dia mengisyaratkan Musyirah supaya cuba untuk menelan ubat itu sekali lagi. Tangan kirinya diletakkan di belakang leher Musyirah dan bibirnya bergerak membaca sesuatu dengan perlahan.

            Musyirah mencuba lagi. Air di dalam botol kecil itu habis ditelannya. Mujurlah ubat itu berjaya ditelan. Musyirah sudah terbatuk-batuk kecil. Nazhirin mengambil botol yang dipegang Musyirah dan diletakkan kembali ke tempat asalnya. Dia mendapatkan Musyirah. Kepala Musyirah disandarkan pada bahunya. Tidak semena-mena Musyirah menangis.

            “Kenapa menangis ni?” soal Nazhirin. Musyirah mengesat air matanya.

            “Ada dua sebab. Pertama, sebab susahnya makan ubat! Kedua, sebab terharu. Pertama kali kena peluk lepas makan ubat,” jawab Musyirah bersama senyuman nakal di bibirnya. Kepalanya diangkat dan wajah Nazhirin dipandang.

            “Awak baca apa tadi sampaikan mudah untuk saya makan ubat?” soal Musyirah.

            “Tak ada apa-apa. Kalau nak mudah, minta Allah permudahkan. InsyaAllah, mudahlah jadinya,” ujar Nazhirin. Musyirah mengangguk. Lama dia merenung lampu tidur yang masih menyala sebelum Nazhirin memanggil namanya. Wajah Nazhirin ditatap kembali.

            “Mana cincin nikah?” soal Nazhirin. Tangan kanan Musyirah dicapainya. Musyirah turut memandang jari manis tangan kanannya itu. Bibirnya diketap rapat. Berkerut-kerut dahinya memikirkan lokasi cincin itu berada pada ketika ini.

            “Mana cincin tu?” soal Nazhirin lagi. Nada suaranya sudah berubah. Musyirah memejamkan matanya. Syira! Dekat mana kau letak cincin tu?! Jerit Musyirah di dalam hatinya. Pantas Musyirah membuka matanya. Tangan kanannya ditarik daripada genggaman suaminya. Langkahnya diatur laju menuju ke biliknya. Lampu biliknya dinyalakan. Laci meja solek dibuka dan cincin nikahnya dicari.

            “Mana kau letak? Mana kau letak?” soal Musyirah sendiri. Beg sandangnya pula dibuka dan diselongkar. Namun masih tidak dijumpai. Musyirah dapat merasakan seseorang menghampiri dari arah belakangnya. Makin laju tangannya bergerak mencari cincin nikahnya. Risau yang suaminya akan memarahinya.

            Why on earth did you put this ring here?” soal Nazhirin sambil mengambil cincin nikah yang tergantung pada penyangkut yang dipasang di meja solek itu. Pantas Musyirah memandang wajah Nazhirin pada cermin meja solek itu. Dia melepaskan nafas lega. Ya tak ya jugak kan? Kenapa dalam banyak-banyak tempat yang lagi elok dalam bilik ni, dekat penyangkut tu jugak aku sangkut cincin tu? Bicara Musyirah di dalam hati.

             Nazhirin mencapai tangan kanan Musyirah dari belakang. Musyirah memandang tangannya yang berada dalam pegangan Nazhirin.

           “Pakai cincin ni, dan jangan pernah tanggalkan. Tanggal bila perlu sahaja,” ujar Nazhirin sambil menyarungkan cincin yang bertatah tiga butir berlian itu pada jari manis Musyirah. Musyirah mengangguk.

           “Syira,” panggil Nazhirin. Musyirah memandang wajah Nazhirin pada cermin meja solek itu.

           How can I confess my feelings towards a woman that I love? She’s not my mum nor my sister. But someone that I love,” ujar Nazhirin. Jantung Musyirah berdetak laju. Takutnya dia untuk kehilangan Nazhirin. Ya Allah! Janganlah kau uji aku dengan ujian yang seberat ini, tuturnya di dalam hati. Air mukanya cuba dikawal.

           “Cakap ajelah yang awak cintakan dia,” jawab Musyirah. Mujurlah suaranya serak. Jadi, tidaklah jelas getaran pada suaranya itu.

            “Semudah itu?” soal Nazhirin. Musyirah mengangguk.

            “Ya. Mungkin akan ada orang yang kata cara tu tak romantik. Tapi kalau saya, saya suka cara macam tu. Apa-apa yang penting saya dapat baca keikhlasan dan kejujuran orang tu, sewaktu dia luahkan perasaan dia. Cinta yang dia lahirkan adalah cinta yang ikhlas kerana Allah. Bukan kerana kebendaan atau paras rupa. Tak perlu bazirkan duit dengan membeli bunga, atau bawak ke restoran mahal sebab saya rasa, semua tu akan lebih terasa manisnya jika dilakukan selepas bernikah,” jawab Musyirah. Terasa erat tangan kanannya digenggam oleh suaminya. Air matanya bergenang pada tubir mata. Pantas diseka dengan tangan kirinya. 

            “Syira.” Nazhirin memanggil nama Musyirah buat kesekian kalinya.

            “Hmmm,” sahut Musyirah. Nazhirin memusingkan tubuh Musyirah supaya menghadapnya. Musyirah memandang wajah suaminya.

            Are you wondering who is the woman that I love?” soal Nazhirin.

            Of course! Awak kan suami saya? Memang gilalah kalau saya cakap saya tak cemburu dengan perempuan tu,” balas Musyirah. Beremosinya kau Syira! Kutuk otaknya. Huh! Kisah ke? Apa-apa yang penting, aku tengah cemburu sangat ni! Balas hatinya, geram. Nazhirin tersenyum. Kedua-dua belah tangan Musyirah dicapai dan digenggam lembut.

            “Tak perlu nak cemburu dengan diri sendiri. Tak ada faedah pun,” tutur Nazhirin. Musyirah sedikit terpinga-pinga. Baru sahaja dia ingin mengajukan soalan, pantas Nazhirin memotong.

            You are about to ask apa maksud abang? This is the answer. Syira, I’m in love with you. You are the woman that I love. Nawar Musyirah, I love you. Nazhirin Syahran loves you,” kata Nazhirin. Mata Musyirah membulat. Terasa sesak nafasnya pada ketika ini. Pelbagai perasaan mengetuk pintu hatinya. Ingin dihalau pergi, terasa tidak sanggup. Apabila dijemput masuk, rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi.

            “Sejak bila?” soal Musyirah.

            “Sejak pertama kali abang kenal Miss Troublemaker ni. Walaupun suka buat masalah, clumsy, tapi Syira ada daya penarik yang tersendiri. You’re acting lovely. Syira selalu buat abang tersenyum bila teringatkan Syira. Syira selalu buat abang berperangai pelik bila teringatkan Syira. Syira boleh buat abang tak tentu arah. Syira boleh buat hati abang menjadi panas dan sejuk dalam sekelip mata,” luah Nazhirin. Musyirah mengangkat keningnya. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Baru pertama kali dia mendengar pengakuan seperti ini. Pengakuan yang menyatakan bahawa sikap troublemaker-nya menyebabkan dia disukai.

            “Oh, terima kasih untuk luahan perasaan yang sangat membahagiakan hati abang tadi,” tutur Nazhirin. Musyirah sudah mempamerkan riak kebingungan.

            “Syira bercakap dengan minda dibawah sedar. Mungkin Syira tak ingat,” kata Nazhirin.

            “Apa yang Syira cakap?” soal Musyirah. Nazhirin tersenyum nakal. Dalam fikirannya, dirancang satu rencana untuk mengenakan Musyirah.

            You said, from your deepest heart, you love me,” kata Nazhirin. Musyirah menjegilkan matanya.

            Did I? Are you sure? Masa bila Syira cintakan abang? Tak pernah pun,” ujar Musyirah. Dia sudah menarik tangannya daripada terus digenggam oleh suaminya. Lampu biliknya ditutup dan dia mengatur langkah ke bilik suaminya.

            You did say it to me,” kata Nazhirin sambil jalan beriringan dengan Musyirah.

            No, I did not,” tegas Musyirah. Tubuhnya direbahkan ke atas katil dan diselubungkan dengan comforter. Wajahnya yang sudah memerah turut ditutup. Malunya! Sangkanya, apa yang dikatakan kepada Nazhirin itu cuma mimpi. Namun, ia adalah kenyataan. Malunya!

            Yes, you did,” tutur Nazhirin. Lampu tidur dimatikan. Tubuhnya turut direbahkan di sebelah Musyirah dan dia mengiring menghadap Musyirah.

            “Okey, abang menang. Syira tak ingat,” balas Musyirah. Sambil membuka comforter yang menutupi wajahnya. Nazhirin tersenyum kemenangan. Mata Musyirah direnung dan anak rambut Musyirah dielus.

            “Cinta ini adalah anugerah Allah buat hamba-hambaNya. Cinta ini Allah pinjamkan kepada kita. Jadi jangan lalai, dan jangan leka. Mencintai makhluk itu tiada berkekalan dan tiada bahagia kerana makhluk akan binasa. Mencintai Allah itu adalah yang terbaik. Cinta terhadap Allah itu pasti akan berkekalan kerana Allah itu Maha Kekal. Tapi cinta yang dibina kerana Allah, InsyaAllah akan mendapat keredaanNya. InsyaAllah, cinta yang dibina keranaNya pasti akan ada bahagia. Syira, cinta ini ingin abang kongsikan bersama-sama Syira. Tak guna jika terus disimpan. Abang cintakan Syira,” luah Nazhirin. Musyirah tersenyum bersama-sama air mata gembira yang menitis. Air mata itu diseka Nazhirin.

            “Syira juga cintakan abang dan cinta yang kita bina kerana Allah,” tutur Musyirah. Nazhirin mengucup dahi Musyirah. Musyirah memejamkan matanya, bersyukur dengan nikmat Ilahi. Bersyukur dengan anugerah cinta yang diterima. Doanya, moga cinta mereka akan terus berkekalan. Moga Miss Troublemaker dan Mr Perfect mampu untuk kecapi bahagia yang diredai Allah.


            MUSYIRAH menghembuskan nafasnya buat kesekian kalinya. Jam dinding dan kalendar dipandang bersilih ganti. Wajahnya ditekup dengan kedua-dua belah tangannya. Dia jatuh terduduk di atas sofa. Kedengaran esakan kecil daripadanya.

            ‘Apa salah aku, ya Allah?’ Seringkali, soalan itu yang terbit dalam benaknya. Sembab sudah matanya akibat terlalu banyak menangis.

            “Syira,” panggil Aizat, perlahan. Musyirah melepaskan tekupan tangannya pada wajahnya. Wajah Aizat dipandang.

            “Kenapa dia buat Syira macam ni? Mana dia abang? Syira ada buat salah dengan dia ke?” soal Musyirah bertalu-talu. Aizat menggeleng. Dia sendiri pun sudah mati akal. Sudah hampir dua minggu Musyirah berkeadaan begitu setelah Nazhirin tidak pulang ke rumah.

            “Dia tak bagitahu Syira pun ke mana dia nak pergi, bila dia nak balik. Handphone pun dia tinggalkan,” luah Musyirah. Dua minggu tanpa khabar mengenai suaminya, hatinya menjadi kosong. Dunianya hanyalah di atas tikar sejadah dan juga termenung.

            “Syira, makan ubat dulu supaya cepat sembuh. Syira kan tak sihat,” ujar Aizat. Pantas Musyirah menggeleng.

            “Abang nak Syira makan ubat? Nak Syira sembuh? Sedangkan, Syira tak tahu keadaan suami Syira 
macam mana. Sihatkah dia atau sakitkah dia? Makankah dia? Tidurkah dia? Ubat dengan Syira memang tak sepadan. Hanya suami Syira yang mampu buat Syira berbaik dengan ubat. Kalau dia tak ada, memang tidak mustahil, tetapi sukar untuk Syira makan,” kata Musyirah. Merah wajahnya.

            “Syira nak abang buat apa?” soal Aizat. Musyirah diam. Lama dia berfikir.

            “Doakan supaya suami Syira balik,” tutur Musyirah. Wajahnya diraup. Nafasnya ditarik dan dilepaskan kembali.

            “Temankan Syira ke pasar raya,” ujar Musyirah.

            “Syira nak buat apa? Syira kan tak sihat. Kalau ada barang nak beli, biar abang yang belikan,” tegah Aizat. Musyirah menggeleng.

            “Temankan Syira!” tegas Musyirah. Langkahnya diatur ke biliknya bagi menukar pakaiannya. Aizat melepaskan keluhan. Musyirah sudah berubah. Tertekan sungguh wajah adiknya itu. 

Pesanan penulis: Assalamualaikum, :). Harap semua sihat. Okay, ini part 3. Harap-harap okeylah ya? Memang saya tak mampu untuk puaskan cita rasa semua orang. Tapi saya cuba sedaya upaya untuk hasilkan sebuah karya yang baik. Silalah tinggalkan komen korang ya? ^_^. InsyaAllah, malam ni, dalam pukul 10 hingga 11 saya masukkan part 4 ya? Part yang terakhir. Kalau ada yang masih sudi menanti, tunggu dan bacalah. Jangan lupa ya malam ni, :). InsyaAllah, kalau tiada aral, see you! Terima kasih, semua! Jazakumullahukhairan. Barakallahufiikum.    

5 comments:

  1. best, cepat sambung .

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous: Terima kasih sudi baca dan komen ya? InsyaAllah, sekejap lagi update part 4. Terima kasih sekali lagi.

      Delete
  2. karya awak terbaik, sweet .

    - Mr.SweetHeart

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Mr.SweetHeart: Saya perasan kehadiran awak di blog2x e-novel yang lain seperti k4clover. Maafkan saya kalau tersilap. Hee, terima kasih sudi baca dan tinggalkan komen ya? Komen awak menjadi perangsang untuk saya terus berkarya. Sekali lagi, terima kasih.

      Delete
  3. bess n sweet . saya ponn ade nak buatt ceritaa . tapii tatauu laa menjadii kee takk .

    ReplyDelete