Total Pageviews

FIRST BABY

Sunday 4 September 2016

Cerpen- Siapa Aku Pada Kamu? (Part 3)



             SHE’S about to marry someone else.” Aku tercengang. Satu saat. Dua saat. Tiga saat. Empat saat. Saat kelima, mulut kututup rapat. Wajah Harith kupandang dengan kening yang terjongket.

           So?” soalku, seperti tiada perasaan.

           So Encik Habib frust-lah! Orang tengah sakit macam tu, tahu kekasih hati nak kahwin dengan orang lain. Tak ke lagi down orang yang sakit tu?”

           So why are you telling me this?You datang jumpa I sebab nak cerita tentang Habib saja ke? I ingat you nak sampaikan apa-apa tentang rekaan yang I usulkan last week,” bidasku. Harith kelihatan meraup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya.

           How am I going to say this...” bisik lelaki itu perlahan.

           “Cakap ajelah, guna mulut. Apa yang susah sangat Encik Harith?” ujarku lagi. Sudah dua minggu berlalu sejak peristiwa ‘kantoi’ dengan ayah. Dua minggu juga aku tidak berjumpa dengan ‘dia’. Senang cakap, Habiblah.

           Hari ini, tiba-tiba Harith menjengah ke dalam pejabatku, meluahkan perasaannya. Siap diceritakan lagi soal kekasih hati Habib yang ingin berkahwin dengan orang lain. Heh... Ada aku kisah? Kan aku dah melupakan dan membuang Habib yang langsung tidak mengingati aku!

           You pernah kenal Habib tak before this?” Soalan itu nyata menyentakkan aku. Aku terkedu. Lama aku memandang wajah Harith sebelum aku berdehem dan menundukkan pandanganku.

           Why did you ask me that silly question? Of course I didn’t!” tegasku. Tegas, memang betul-betul tegas sampai aku terbangun daripada kerusi dan berpaling memandang ke luar tingkap dengan kedua-dua belah tangan memeluk tubuh.

           Why did you look scared?” soal Harith.

           I’m not,” nafiku. Ya, bukannya aku takut. Buat apa aku nak takut?

            You tahu tak siapa girlfriend Mister Habib?” ujar Harith, tiba-tiba. Aku diam. Tak beri apa-apa reaksi.

            Doctor Khalisah. Khalisah is his girlfriend, that is about to engage and marry someone else,” kata Harith. Sepantas kilat aku berpaling memandang Harith. Tangan aku jatuhkan daripada terus memeluk tubuh.

            Shut up, Harith! Why are you telling me all this nonsense? Why?! I’m not even related to your boss! I don’t give a damn with what your boss are doing!” bentakku. Sakit hati punya fasal, siap dengan tangan aku angkat, macam orang nak bersyarah. Lagak terlampau marah. 

            Harith bangun daripada duduknya.

            You sakit hati, Lidiya? You’re hurt because he didn’t remember you? You’re hurt because he didn’t remember who you are at all? How about me? Don’t you remember me? I’m the one who waits for Habib to fetch him. I saw you. I saw how Habib treats you nicely. But I don’t even know about his promise to you. I don’t even know. For your info, Miss Lidiya, that was our last day in London. We were there to have same medical treatments on Habib. About a month after that, he’s fully recovered. We haven’t went back there for these two years. If it wasn’t Khalisah who told me about this, I don’t even remember who you are. As you’re now hijabbed. If it wasn’t Khalisah who told me about this, I don’t even know why did Habib’s health condition turns out bad these days... So, Lid... I really hope that you could show up at our house. I’ll leave the address here,” kata Harith. Aku terpempan... Habib sakit apa sebenarnya?

            Harith yang baru sahaja ingin beredar, segera kutahan dengan bicaraku.

            “Encik Qadus... Dia sakit apa?” soalku. Langkah Harith terhenti. Dia berpaling sekilas memandangku sebelum dia kembali memandang ke hadapan.

            “Datang rumah, kalau you nak tahu,” kata Harith sebelum dia berjalan keluar. Aku terpempan lagi. Aku kena datang rumah dia?! Hish! Memang taklah!

            Lidiya, yang kau beria-ia sangat nak tahu fasal lelaki itu kenapa? Bukankah kau sudah berjanji dengan diri sendiri bahawa kau akan melupakan dia? Dia yang langsung tidak mengenali dan mengingati kau? Berpijak di bumi yang nyata, Lidiya.


            LEENA melabuhkan duduknya di sisi aku. Tidak fasal-fasal pula dia merebahkan kepalanya di atas ribaku.

            “Kau kenapa Leena? Tak fasal-fasal nak bermanja dengan akak?” soalku kepada Leena. Leena mengerling ke arahku sekilas.

            “Aku nak kau kahwin. Cepat-cepat sikit,” balas Leena. Mataku membulat mendengarnya. Tak pernah Leena meminta sesuatu semengarut ini. Kenapa dengan Leena sebenarnya?

            “Leena, kau ni kenapa? Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba nak suruh akak kahwin?” bidasku. Bengang juga mendengar permintaan Leena.

            “Memanglah tak ada angin, ribut lagilah jauh sekali. Kalau tak, mahu tercabut atap rumah ni. Masalahnya sekarang, Leena nak kau kahwin sebab Leena tak nak langkah bendul. Kau tu bukannya boleh percaya sangat, kak. Nanti kalau Leena langkah bendul, kau minta satu apartment. Tak fasal-fasal muflis bakal adik ipar kau,” kata Leena selamba. Panas hatiku mendengarnya. Apa dia ingat aku ni kejam sangat ke kalau dia nak langkah bendul sekalipun? Setakat satu beg Michael Kros dengan tiga pasang kasut Jimmy Choo yang terkini, cukuplah.

            “Kau nak langkah bendul pun, ada akak kisah? Langkah ajelah. Kalau kau dah tak sabar sangat nak membina mahligai indah tu kan... Kau kahwin ajelah. Akak ni sampai tua pun tak kahwin, akak tak kisah. Akak lagi suka hidup sorang-sorang daripada kena hidup dengan lelaki yang jenis tak pegang janji. Kau cakap ajelah dengan abah yang kau nak kahwin. Tapi akak minta bakal adik ipar akak tu bagilah akak ni satu beg Michael Kros dengan dua pasang kasut Jimmy Choo. Tu ajelah,” bidasku. Bertambah panas hatiku memikirkan soal hamba Allah yang pernah mengikat janji denganku lebih dua tahun yang lalu. Haih... Memikirkan soal penyakit misterinya, tiba-tiba hatiku menjadi tidak senang pula.     “Amboi, demand! Kau ni kan, kak... Membohong memang juara! Kau memang sanggup nak menjadi andartu? Hei, geram pulak Leena. Jangan sebab mamat yang tak pernah kau tahu namanya tu, kau sanggup nak hidup sorang sampai kau tua. Wake up-lah, kak! Bukannya dia sorang aje lelaki dalam dunia ni. Bulan lepas, anak kawan ibu datang merisik kau, tapi kau yang jual mahal melampau. Bukannya tak ada orang nak dekat akak dari dulu lagi. Sekarang ni kau dah berubah, lagilah aset tu naik. Lagilah ramai yang beratur nakkan kau. Kau tu aje yang masih asyik nak berpaling ke belakang. Apa susah sangat ke nak merancang dan memandang yang di hadapan tanpa berpaling ke belakang?” Tegas Leena bersuara. Aku mendesah perlahan sebelum bibir kuketap rapat. Kening yang tidak gatal kugaru-garu perlahan.

            “Dalam merancang dan memandang yang di hadapan, kadang kala kita perlu berpaling ke belakang untuk melihat jika ada sesuatu yang perlu kita ambil untuk dijadikan teladan dan sempadan. Dan bukan semua kenangan boleh dicampak begitu saja. Ada yang memakan masa seumur hidup untuk dilupakan, Leena...” tuturku.

            “Dahlah, akak nak naik atas,” sambungku setelah agak lama aku dan Leena berdiam. Leena mengangkat kepalanya daripada ribaku sebelum aku berdiri tegak. Dua tapak melangkah, Leena bersuara mengingatkanku,

            “Abang balik Malaysia esok. Dia singgah rumah kawan dulu sebelum balik sini.”

            Aku mengangguk sahaja sebelum bergerak ke tingkat atas. Aku sudah sedia maklum mengenai kepulangan abang sejak kelmarin lagi.

            Mengingat kembali mengenai permintaan Leena, aku mengeluh perlahan. Dan entah mengapa, hatiku berasa tidak enak, sesak dan sebu yang teramat. Mata sudah terasa pijar dan panas. Air mata mula bergenang pada tubir mata. Setitis demi setitis ia jatuh. Aku pernah meletakkan janji kamu sebagai perkara utama dalam hidupku. Dan aku pernah meletakkan diri kamu sebagai seseorang yang penting di dalam hidupku. Dan kini, aku terlampau ingin untuk bertanya... Terlalu ingin untuk bertanya... Siapa sebenarnya aku pada kamu?


            PAGAR rumah yang tinggi itu kurenung lama. Berulang-ulang kali bebola mataku bergerak melatari pagar itu. Sekejap memandang ke atas, sekejap turun ke bawah. Dari bawah, naik ke atas semula. Adalah jugak lima minit aku berdiri di tengah-tengah panas ni hanya untuk merenung pagar. Subhanallah! Tinggi betul! Nak kata pagar istana, mustahil!

            “Assalamualaikum, boleh saya bantu?” Sapaan itu memaksa aku menurunkan pandangan memandang ke hadapan. Pagar kecil yang membolehkan manusia bergerak keluar masuk pada pagar besar itu kelihatan sudah terbuka. Seraut wajah pada pertengahan usia mencuri ruang dalam mataku. Aku mengukir sebaris senyum membalas senyum yang terhias pada riak seriusnya.

            “Waalaikumussalam. Boleh saya tahu, ni rumah...” Aku terdiam seketika. Tiba-tiba fikiran seakan-akan kembali waras. Kenapa aku berdiri di hadapan rumah ini ketika ini?

            “Cik cari apa?” soal pak cik yang berpakaian seragam pengawal putih itu. Aku mengukir senyum tawar.

            “Ni rumah Encik Harith ke?” soalku, menyatakan suara hati.

            “Harith? Emmm... Yalah tu. Tapi bukan Encik Harith yang punya rumah ini. Encik Harith tu adik angkat merangkap setiausaha majikan saya, Encik Habib Al-Qadus,” jelas pak cik pengawal itu. Aku tertunduk sesaat dua.

            “Boleh saya berjumpa dengan Encik Harith?” ujarku, sopan. Pak cik di hadapanku ini mengerutkan dahinya.

            “Beginilah, cik masuk ke dalam dahulu memandangkan hari pun panas terik ni. Lagipun, Encik Habib dan adiknya sedang menerima tetamu hari ini. Nanti saya tanyakan, sama ada Encik Harith mahu menerima kedatangan cik atau tidak. Mari, kita masuk,” kata pak cik itu sebelum dia mula mengorak langkahnya. Aku senyum selembut yang mungkin seraya langkah yang diatur pak cik itu kuturut masuk ke dalam pekarangan rumah itu. Seketika, mulutku ternganga. Pekarangan rumah yang terlalu besar itu kupandang sekilas. Oh, Tuhan! Kau yang silap, Lidiya! Ini memang istana! Rumah agam!

            “Boleh cik beritahu nama cik? Nama yang dikenali Encik Harith,” soal pak cik pengawal itu. Aku tersedar dari khayalanku seraya pandangan yang tertebar ke arah pekarangan rumah agam itu tadi kualihkan semula ke arah wajah pengawal itu. Tak sedar pula yang aku sudah selamat berteduh di bawah atap pondok pengawal ini.

            “Katakan kepada dia, Lidiya Hamraa’ yang datang. InsyaAllah, dia akan menerima kehadiran saya,” ujarku, sedikit berkeyakinan. Yalah, lagipun Harith yang bersungguh-sungguh ingin aku hadir ke sini. Pak cik pengawal itu tersenyum sebelum dia memulakan tugasnya menghubungi Harith. Aku buat-buat tidak dengar sahaja saat perbualan itu berlangsung. Sibuk aku memerhatikan pekarangan rumah agam yang luas itu. Macam rumah abang dekat London. Cuma suasana di rumah abang lebih terasa ceria berbanding di sini. Suram lain macam.

            Saat pandanganku khusyuk terpaku pada pintu rumah agam yang kelihatan kecil dari jarak ini, tiba-tiba pintu itu dibuka dari arah dalamnya. Aku terpinga-pinga memerhati seorang wanita lewat lima puluhan yang manis bertudung berjalan sopan menuju ke arah pondok pengawal ini. Semakin dia mendekat, semakin jelas saiz tubuhnya yang kelihatan agak gempal dan ketinggiannya yang sedang-sedang sahaja. Bibirnya yang berona merah jambu merekahkan senyum mesra yang tidak mampu kutolak untuk dibalas.

            “Cik Lidiya Hamraa’?” Sapaan itu memaksa aku mengangguk perlahan dengan senyum malu-malu. Enak pula didengar apabila dua ulas bibir wanita itu menuturkan nama yang diberi ibu dan ayah buatku itu.

            “Mari, Encik Harith minta saya jemput cik untuk masuk ke dalam. Langkah kanan betul Cik Lidiya hari ini. Kebetulan, memang Ibu Muna masak yang enak-enak hari ini memandangkan kita sedang menerima tetamu istimewa,” kata wanita yang menggelarkan dirinya Ibu Muna.

            “Eh, tetamu yang datang tu istimewa ke? Emmm, kalau macam tu, tak apalah. Saya pulang dulu. Mungkin esok atau lusa, saya datang balik, insyaAllah,” tuturku. Tidak pula aku tahu tetamu yang Harith terima pada hari ini merupakan tetamu yang istimewa. Kalau aku tahu, memang tidak mungkin aku akan berjalan melepasi pagar tinggi itu tadi. Ibu Muna tersenyum manis.

            “Tak mengapalah. Cik Lidiya pun tetamu istimewa kami juga. Tetamu itu harus diraikan sesuai dengan kemampuan. Tetamu itu membawa rezeki. Mari, masuk ke dalam. Tak elok kita biarkan yang di dalam tu menunggu kedatangan kita,” kata Ibu Muna. Kadang aku dengar, cara bicaranya seperti bahasa klasik gitu. Sampai-sampai aku pun hampir terpengaruh dengan cara percakapannya. Lembut ala-ala gadis Melayu terakhir.

            “Kalau macam tu, baiklah,” jawabku. Kan, aku dah kata... Bahasa aku pun dah jadi klasik.

            “Terima kasih, pak cik,” ucapku, berbudi bahasa pada pak cik pengawal yang telah berbaik hati menjemput aku untuk masuk ke dalam. Pak cik pengawal itu sekadar tersenyum sahaja sebelum mengangguk. Kali ini wajahnya lebih mesra. Kurang sedikit riak seriusnya. Tidak seperti ketika di awal pertemuan kami tadi.

            Langkah Ibu Muna yang menghala ke arah pintu masuk rumah agam itu kuturuti perlahan-lahan. Semakin aku dekat dengan rumah itu, semakin kecil pula aku rasakan tubuhku ini. Aduhai, rumah! Mengapalah rumah ini terlalu besar?

            “Ibu Muna dah lama bekerja di sini?” soalku, beramah mesra. Tidaklah aku mahu kami terlampau kekok.

            “Sejak budak berdua tu kecil lagi. Pertama kali Ibu Muna jejak kaki di sini, masa tu umur Habib lapan tahun. Sekarang dah tiga puluh umurnya. Kamu kiralah sendiri. Lagipun arwah ibu bapa Habib itu baik sangat orangnya, Cik Lidiya,” kata Ibu Muna. Aku senyum teragak-agak.

            “Tak perlu bercik puan dengan saya, Ibu Muna. Panggil saya Lidiya atau Hamraa’ saja,” tuturku. Tidak enak pula rasanya mendengar namaku ditutur dengan panggilan cik oleh Ibu Muna. Rasa sangat tak beradab.

            “Manis orangnya Lidiya ni. Kenapalah Ibu Muna rasa seperti pernah melihat wajah kamu,” desis Ibu Muna. Aku terpempan seketika. Haih... Dejavu juga ya Ibu Muna ini.

            “Lidiya tahu Ibu Muna pernah lihat wajah Lidiya di mana. Barangkali Ibu Muna pernah melihat wajah Lidiya pada kaca TV. Yalah, kata orang wajah Lidiya mirip Siti Saleha,” kataku. Amboi, Hamraa’... Klasik habis bahasa kau. Ibu Muna tertawa mendengarnya.

            “Aduhai, sayang! Ibu Muna tak pernah menonton TV. Ibu Muna ni, dari dulu, sampailah sekarang, cintanya kepada radio saja. Jarang-jarang sangat Ibu Muna menonton TV. Kalau menonton pun, sekali sekala sahaja, buat meneman si Harith,” tutur Ibu Muna. Aku tertawa perlahan. Langkah kuatur mengikut rentak langkah Ibu Muna mendaki sepuluh anak tangga sebelum menyusul masuk ke dalam rumah itu. Kasut kubuka sebaik sahaja tiba di dalam rumah, meninggalkan stokin menutup kaki. Dapat kurasakan sejuk pada tapak kaki yang memijak lantai meski stokin menjadi penghalang antara kedua-duanya.

            “Jemputlah masuk, sayang...” ujar Ibu Muna seusai dia menyusun kasutnya di atas rak. Dia ingin mencapai sandalku namun pantas aku bergerak mengambil sepasang sandalku sebelum meletakkannya di atas rak kasut yang tersedia.

            “Lidiya mahu ke mana?” soal Ibu Muna. Aku tercengang sesaat dua. Maksud Ibu Muna? Langkah kuatur mendaki dua anak tangga kecil.

            “Maksud Ibu Muna?” soalku, tidak mengerti dengan pertanyaan Ibu Muna tadi.

            “Lidiya boleh pergi ke mana-mana saja yang Lidiya mahu, sementara Harith masih sibuk dengan tetamunya,” jelas Ibu Muna. Aku menyeringai. Sempat aku berpapasan dengan ruang tamu saat kaki masih melangkah menyusul langkah Ibu Muna melewati lorong yang sepi dan bercahaya. Sesekali mataku mengerling melihat bingkai-bingkai yang tergantung pada dinding. Ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah dipilih sebagai hiasan. Kagum seketika melihat hasil seni khat yang begitu indah terbentuk.

            “Habib yang tulis khat tu. Tapi dah hampir tiga tahun dia tak buat... Dan dia tak ingat langsung yang dia mahir menulis khat,” kata Ibu Muna. Aku terkesima mendengarnya. Benarkah begitu? Mengapa Habib tidak mengingati akan kemahirannya menulis seni yang indah itu?

            “Tapi... Kenapa?” soalku teragak-agak. Ibu Muna sekadar tersenyum sebagai jawapan kepada soalanku. Dia mahu berahsia denganku. Maka aku senyum kembali tanda menghormati kerahsiannya.

            “Lidiya, mahu ke mana?” Ibu Muna bertanya kepadaku setelah beberapa ketika ruang bicara antara kami sepi. Aku tersentak sedikit sebelum tersengih.

            “Ikut Ibu Muna ajelah,” jawabku. Tak mahulah nanti aku tersesat pula.

            “Kalau begitu, kita ke dapur,” ujar Ibu Muna. Aku mengangguk sahaja. Hendak masuk ke dalam dapur, pintu harus dibuka dahulu. Aku menurut sahaja. Satu rumah agam ini berpendingin hawa atau bagaimana? Sejuk sahaja sepanjang laluan aku berjalan tadi.

            Saat melangkah masuk ke dalam dapur, aku terpempan sesaat dua. Kaki terasa kaku hendak melangkah. Melihat susuk tubuh yang membelakangiku itu, hati jadi berdebar-debar. Tingkahnya yang sedang meneguk air kuperhatikan. Benarlah, itu dia...

            Sekejapan, dia sudah berpaling merenungku. Seketika, keningnya berkerut. Matanya bergerak memerhatiku dari atas hingga bawah sebelum teragak-agak dia tersenyum.

            So this is your friend’s house?” ujarku dengan kening sebelah kanan yang sengaja kujongketkan. Aku berjalan merapatinya. Beg tangan sempat kuletakkan di atas kaunter pulau yang bersih.

            Yes, this is. But, what are you doing here?” balasnya. Mendengar jawapannya, aku jadi panas hati tiba-tiba. Jadi selama ini... Selama lebih dua tahun ini... Dia mengenali ‘dia’? Dia mengenali lelaki yang telah mengikat janji palsu denganku itu?

            You knew the owner of this house?” soalku sedikit sinikal nadanya. Aku kini sudah berada betul-betul di hadapannya. Wajah kudongakkan sedikit, merenung sepasang mata perang miliknya. Dia kelihatan serba salah untuk menjawab. Keningnya berkerut sedikit. Anak matanya dapat kulihat sekejap membesar dan kemudian mengecil. Pastilah ada sesuatu yang mengganggu di dalam benaknya.

            Yes, Habib... I knew him... Knew him really well. We have been friends for about eight years,” kata lelaki itu. Aku terpana mendengarnya. Mata terasa pijar dan pedih tiba-tiba. Hati terhimpit dan terasa sebu. Aku ingin bersuara, tetapi entah mengapa, suaraku seakan-akan tersekat pada kerongkong. Aku menelan liur yang terasa kesat. Mata sudah digenangi air jernih membuatkan aku terus menekur kaki yang bersarung stokin hitam. Aku ketap bibir serapat yang mungkin, menahan esakan yang mungkin kan timbul pada bila-bila masa sahaja.

            You’ve knew him all this time and I knew nothing about it?” Tersekat-sekat dan terketar-ketar bicara yang keluar daripada bibirku. Nafas kuhela berat. Air mata tidak dapat kutahan daripada menitis. Jatuh terus menimpa lantai.

            Don’t tell me...” Lelaki itu terdiam sesaat dua sebelum tiba-tiba terasa tubuhku didakap erat. Saat diladeni begitu, hati menjadi semakin tidak keruan. Bertambah lemah hatiku merintih lantas membuatkan arus esakan yang cuba kubendung sedari tadi akhirnya melimpah keluar dengan deras. Segala bicara daripada bibirku kedengaran tidak jelas pada pendengaranku. Tidak terkeluar segala perkataanku. Terasa seakan-akan ingin terjelopok di situ juga. Aku tewas dengan amukan perasaan di dalam jiwa yang selama ini kusimpan rapi dan kupendam sendiri.

            It is really a big test for me...” tuturku perlahan, dengan esak tangis yang tertahan-tahan. Kepala yang berlapik dengan tudung terasa diusap-usap lembut membuatkanku semakin tenang.

            How can you found him?” Soalan abang menerjah pendengaranku membuatkan aku memejam mata serapat yang mungkin dan kugeleng perlahan kepalaku. Sebolehnya, aku tidak mahu bercerita tentang dia yang langsung tidak mengenali dan mengingatiku.

            He’s sick, Lid... You can’t blame one hundred percent on him for not fulfilling his promises. He don’t remember anything about you as he got back his memories after he lost one. He’s sick when you guys met. He’s on the state of recovery when you guys met that makes he does not remember anything about his promises towards you when he got his memories back,” kata abang. Aku terpempan mendengarnya. Jadi aku bertemu dengan seorang Habib yang kehilangan memori ketika itu? Habib yang sedang sakit? Apakah alasan itu cukup kukuh untuk dia melupakan aku? Tidakkah janjinya kepadaku itu penting sehinggakan apabila dia mendapat kembali ingatannya, dia bisa melupakanku begitu sahaja?

            It’s not fair! Oh God! I hate him so much! If his promises towards me is something important for him, then he should remember his promises even if he got his memories back. That shows how I’m not important towards him. I don’t ever live in his life!” bentakku dengan suara yang perlahan.

            Lidiya, you can’t blame on him. Why don’t you ask him the truth before you blame on him? Remember Lid, if Allah wants it to happen, it’ll happen,” kata abang.

            I’m hurt. Too much. It’s not easy, abang... Remembering he had a girlfriend... It hurts too much. Khalisah left him because she knew about me. She felt sorry for me. Lid tak kejam sampai sanggup bunuh cinta orang lain. Lid pernah rasa bagaimana sakitnya kecewa kerana cinta. Lid tak nak Khalisah kecewa. Lelaki itu bukan untuk Lid, abang. Walaupun mungkin dia ada alasan kukuh mengapa dia tidak memenuhi janjinya, namun dia bukan untuk Lid. Lid tak mungkin boleh menerima dia. Lid tak mahu menerima dia,” tuturku. Majoriti suara hati bersuara begitu. Ya, aku tidak mahu ada hati lain yang turut merasa kecewa. Cukuplah aku. Walau aku terlampau teringin bertanya kepada dia, siapa sebenarnya aku pada kamu. Namun kini terpaksa kukuburkan persoalan itu jauh di dasar hati. Dia bukan takdirku. Jauh sekali jodohku.

            Pelukan pada tubuh abang kuleraikan segera. Mata yang basah kukesat bersih.

            “Lid balik dulu. Jumpa abang dekat rumah nanti,” tuturku sebelum berjalan laju mencapai beg tanganku dan meninggalkan ruang dapur itu. Tidak pun sempat aku berpamitan dengan Ibu Muna. Tidak kelihatan kelibatnya pada pandangan mataku. Jadi aku menonong sahaja berjalan menuju ke pintu rumah. Saat menyarung sandal pada kaki, telinga menangkap suatu suara menegur.

            “Lidiya, awak nak ke mana? You just arrived, aren’t you? What about Habib?” Soalan itu mengasak gegendang telingaku satu-persatu. Aku mengeluh perlahan sambil membetulkan tali sandal pada kaki.

            Just who am I to him? Kawan pun bukan, isteri jauh sekali. Dia nak sakit ke nak pengsan ke, perlu saya kisah? Dua tahun dulu, sakit pening saya, kisah ke dia?” tuturku sebelum laju aku berjalan membuka pintu rumah itu sebelum keluar. Kedengaran derap langkah tapak kasut berjalan laju seakan-akan cuba mengejar langkahku.

            But he needs you!” Harith meninggikan suaranya. Aku tidak peduli. Apa perlunya dia akanku? Bukannya aku pernah berjanji hendak menjadi ‘sesiapa’ kepada dia pun.

            I don’t need him! I don’t ever promise him anything. Besides, I’m about to marry someone else. And someone else needs him more than he needs me. Ask him to wake up and live his life to the fullest. There’s no function of loving someone’s wife. It’s a sin,” tegasku seraya pintu pagar tinggi rumah itu kubuka sendiri sebelum aku melangkah keluar. Terpaksa aku berbohong perihal kahwin itu. Usai memboloskan diri ke dalam kereta, aku terus menghidupkan enjin dan memulakan pemanduan laju meninggalkan Harith dan pak cik pengawal tercegat di hadapan pintu pagar rumah dengan pandangan yang dibuang ke arah keretaku yang barangkali semakin jauh dari pandangan mereka. Air mata yang ditahan sedari tadi gugur semula. Aku mengesak perlahan. Tanganku mengurut perlahan dadaku. Tuhan, sakitnya rasa ini...



            AKU menghela nafas perlahan. Perlahan-lahan bibir yang tadinya hanya lurus mula ternaik pada kedua-dua belah hujungnya membentuk senyum. Lekuk pada pipi kanan terasa membentuk. Pipi terasa menegang. Aduhai, Malaysia! Rindunya aku. Sungguh, pada tanah ini.

           Aku menoleh ke sisi kanan, merenung wajah segaknya. Dia turut memandangku dengan senyum pada bibirnya. Senyum yang lain warnanya, yang tandanya memberi semangat kepadaku.

            Senyum pada bibirku berubah tawar. Aku mengalihkan pandangan, menekur lantai jalan. Sebelum perlahan-lahan terasa bahuku dipeluk. Aku senyum segaris, mengangkat pandangan merenungnya sebelum dia menjatuhkan tangannya. Semangat dikumpul. Bukan buat dirinya, tetapi semangat buat aku. Hampir empat tahun telah aku tinggalkan bumi Malaysia. Hanya sekali aku pulang. Tiga tahun yang lalu. Kepulangan yang pada hakikatnya memeritkan jiwaku lantas memaksa aku menetapkan beberapa syarat jika benar dirinya benar-benar kesal atas kesalahan yang aku tahu tidak pernah dirinya niatkan untuk lakukan.

            Langkah kami buka bersama-sama. Berjalan seiringan sebelum tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Aku terhenti melangkah.

            “Lid, sekejap. Three minutes. Your sister in-law calls me.

            Aku mengangguk patuh dengan senyum pudar pada bibir sebelum pandanganku menyoroti langkah kakinya menjauhiku. Heh, seronok jadi abang. Ada isteri telefon. Aku apa ada?

            Yang kau membebel sangat kenapa Lidiya? Kau sendiri yang tetapkan syarat untuk dirinya tidak menghubungi kau. Hanya kau yang boleh menghubungi dia. Itu pun kalau ada hal penting dan kalau ibu yang paksa. Selagi kau tak hubungi dia, ibu akan asyik menghantui talian telefon kau.

            Aku melepaskan nafas perlahan. Tubuh kusandarkan pada salah satu tiang di luar KLIA 2 ini, sementara menunggu abang yang masih bercakap di telefon, jauh nun di sana. Telefon dari dalam beg tangan kukeluarkan sebelum kutatap skrinnya. Satu panggilan tidak berjawab daripada Leena. Leena sajalah yang prihatin dengan aku. Allah... Hati tiba-tiba terasa sayu.

            Apa yang sebenarnya kau inginkan, Lidiya?! Aku membentak sendiri di dalam hati. Telefon kumasukkan semula ke dalam beg tangan. Belum pun sempat pandangan kuangkat, tubuh terasa tertolak dari arah hadapan dan semerta, nafas terasa tersekat apabila tubuh terasa seperti tersepit dan nafas semakin terganggu dengan bau wangian yang...

            Mataku membulat semerta. Hati bergetar hebat. Dada berdebar kencang dan nafas semakin tersekat. Bau wangian itu sesungguhnya memaksa aku menggali semula sesuatu yang sudah aku kuburkan. Tuhan... Mengapa semakin aku mahu, semakin Engkau jauhkan dan mengapa apabila semakin aku menolak, semakin Engkau dekatkan?

            I’m suffocating...” desisku perlahan lantas aku terbatuk-batuk perlahan kerana sesungguhnya benar nafasku sedang tersekat kini. Rangkulan pada tubuh semakin terlerai menyebabkan aku terasa lega. Namun masih aku tidak selesa kerana sesungguhnya dia tidak benar-benar meleraikan rangkulannya. Kedua-dua belah tangannya masih berada pada pinggangku. Ah! Mujur tidak ramai yang mengarahkan pandangan mereka ke arah ini. Sungguh tidak manis dipandang sekiranya ada yang melihat. Biar benar hakikatnya, tiada batas menghalang kami. Dan mengenali siapa orangnya makhluk Allah di hadapanku ini, tidak sedikitpun aku mampu bermimpi supaya dia melepaskan aku. 

            You’re killing me slowly.” Bisikan itu singgah lembut pada pendengaranku. Aku masih keras kaku. Tidak bergerak. Hanya nafas yang terus dihela dan dilepas. Biar ada keinginan jauh di dasar hati untuk melihat wajahnya, namun kependamkan sahaja. Aku masih belum sempat meneliti wajahnya. Sementelah kepalanya masih elok mendarat pada bahuku.

            You’re killing my soul, Hamraa’... For these six years...” bisiknya lagi. Aku mendesah perlahan. Tangan sudah bergerak ke belakang, meleraikan tangannya daripada pinggangku. Dia degil. Sangat degil. Lantas memaksa aku untuk berkasar. Aku tidak suka begini.

            “Lima saat lagi awak masih begini, saya tempah tiket pulang ke London dengan syarat yang masih sama sebagaimana sebelum ini. Kalau dah jumpa pengganti saya, syukur alhamdulillah. Lepaskan saya, pergi kepadanya,” tuturku tegas. Tetap pendirianku, sama seperti dahulu. Sebelum menamatkan perbualan di talian dengannya, pasti ayat terakhir itu menjadi ayat penutup. Ya, aku tidak mahu hidup di sampingnya. Sementelah aku berkahwin dengannya kerana terpaksa. Atas rasa ihsan. Aku tidak mahu sakitnya semakin memburuk kerana aku. Aku tidak mahu, aku menjadi punca seorang makhluk Allah, hidupnya tiada menentu. Aku tidak mahu, aku menjadi punca.

            I’m your husband, Lidiya Hamraa’. Don’t deny my rights as a husband even if really you agreed to marry me because of sympathy. I’m still your husband. A legal one. I’m not going to let you go this time. If you really want to do so, then do it. If only you will be glad with the title nusyuz,” bicaranya dengan rangkulan yang masih tidak dileraikan. Aku tersentak mendengarnya. Nusyuz?! Beraninya dia menghukum aku! Beraninya dia! Allah... Nafilah, Lidiya. Nafilah. Nafi selama mana engkau mahu, biar sebenarnya, hakikatnya, penafian itu sampai bila-bila pun tiada gunanya. Sekali dilafazkan akad nikah, sekali disahkan dua orang saksi, maka terikatlah kau dengan dirinya dalam ikatan berdasarkan syariat. Di mana pada tapaknya masih terdapat hukum-hakam. Dia suami kau, Lidiya Hamraa’. Suami yang melafazkan akad untuk menikahi kau. Selama tiga tahun ini, dia mengizinkan engkau pergi. Tetapi selepas ini? Jangan kau lupa Lidiya, pernah dia berjanji, sekali sahaja, cukup sekali kau jejak kaki ke Malaysia setelah kau ke London, dia tidak akan melepaskan kau lagi.

            Tetapi kepulanganku pada hari ini, bukan atas kehendakku pun. Adilkah begitu? Kalau diikutkan, sampai tua aku tidak akan pulang. Tetapi ada yang mendesak. Dan desakan itu juga nyatalah suatu perancangan Ilahi untuk mendekatkanku dengan dirinya. Itu kata abang. Ya, abang yang beria-ia memujukku untuk pulang. Sementelah, hatiku tidak mampu menolak permintaan ibu. Ibu begitu rindu. Rindu yang menyakitinya. Yang merusuhkan keadaan kesihatannya.                                      

            Leave me alone!” bentakku sedikit keras.Tangan sudah naik menolak dadanya. Aku tidak selesa, sungguh tidak. Barangkali dia akur. Mengalah sedikit, dia melepaskan rangkulannya. Namun sekejap sahaja. Tangannya naik memegang kedua-dua belah bahuku. Aku terkejut seraya mendongak sedikit. Sekali lagi, aku terpempan saat raut wajahnya mencuri ruang dalam mataku.

            Pandangan kutundukkan setelah menyedari bahawa aku telah terlanjur membalas renungannya.

            Please, Qadus... I’m not used to this. It’s not easy for me. Leave me. Let me live my life,” tuturku perlahan. Dapat kudengar keluh perlahan terbebas keluar daripada bibirnya.

            Your live is destinied to be with me, Lidiya. You can’t deny that. It’ve been six years, Lidiya. You’re killing me.” Aku tidak mengerti. Mengapa enam tahun? Bukankah dua tahun pertama itu, diriku langsung tidak wujud di dalam ingatannya? Masakan bisa aku membunuhnya selama enam tahun ini? Allah... Aku tidak mengerti!

            Great then. And you’ll die soon if you’re still with me. Better find another woman as your wife and let free of me. If you don’t want to divorce me, then it’s okay. Just let me free from the responsibilty of a wife. Find another woman, who can be your wife.” Tegas pendirianku, masih tidak tercalar. Tangannya pada bahuku kutolak kasar sebelum beg pakaian kucapai dan terus berjalan laju mendapatkan teksi yang sedia menanti. Kalau dah susah sangat, kahwin aje dengan perempuan lain. Nak sangat isteri, kan?

            Masuk sahaja ke dalam teksi, aku terus menyatakan hala tujuku. Cermin kereta itu diketuk dari luar namun tidak aku peduli.

            “Lelaki tu dengan anak ke?” Pak cik pemandu menyoal. Aku mengerling sekilas ke sisi sebelum menggeleng.

            “Saya tak kenal dia. Kita gerak sekarang, pak cik.” Tegas aku bersuara. Dan sebaik kereta bergerak, ketukan terakhirnya pada cermin kereta kedengaran sangat kuat. Tahulah aku, dia marah. Ah! Aku tidak mahu kisah. 



            “KAU ni kan, sengal tau?!” Suaranya yang meninggi tatkala berbicara itu tidak aku endahkan. Selamba kusuap sesudu aiskrim yang sudah kucampur dengan strawberi, kiwi dan pisang ke dalam mulut. Rambut yang menutup sebelah mata kusebakkan ke belakang telinga sebelum rambut itu kembali jatuh menutup mata. Aku main aci renung dengan Dalila, anak saudara aku. Anak Leena, senang cakap. Aku tahu Dalila tak berapa layan tengok muka aku kalau tak bertudung. Kata Leena, sebab muka aku ganas nak mati. Heh... Yalah tu.

            “Dah tau, kenapa kau cakap lagi? Akak nak sengal ke nak apa ke, akak punya sukalah. Kau, kalau datang sini nak membebel suruh akak balik rumah, baik kau lupakan hasrat kau tu. Lagi satu, kau jangan nak buat bijak sangat pergi bagitahu orang-orang yang berkenaan yang akak ada dekat sini. Kalau kau buat, tahulah akak nak buat apa dekat kau nanti,” bebelku kepadanya.

            “Ish! Buat habis air liur ajelah bercakap dengan akak ni. Kau memang suka kan, nak jadi isteri derhaka. Kau tahu tak suami kau tu tak pernah lepas dari tanggungjawab dia? Kau tahu tak makan pakai kau dekat London tu semuanya dia yang tanggung? Gaji kau kerja dengan abang tu membohong aje. Enam ribu dari gaji kau tiap-tiap bulan, dia yang bagi. Yang selebihnya, itu nilai sebenar gaji kau. Semua orang tak bagitahu hal sebenar dekat kau sebab angah tak bagi. Tapi sebab aku sendiri dah hilang sabar dengan kedegilan kau, aku terpaksa bagitahu jugak. Kau ni entah bila nak tahu erti syukur pun aku tak tahulah, kak.” Bicara Leena itu ternyata mengejutkan aku. Terus terhenti tangan yang nak menyuap aiskrim. Huh? Aku tengah makan duit dia ke ni? Parah!

            “Dahlah, aku balik dulu. Kalau kau rasa yang diri kau tu dah tak larat nak tanggung dosa kau, baik kau balik. Ibu pun... Aku tak tahu berapa lama lagi dia perlu tunggu untuk jumpa kau. Takut ibu tak mampu menunggu saja lagi,” tutur Leena. Perit hatiku mendengar kata-kata Leena itu. Tuhan! Adakah aku selalu bertindak mengikut kata hati? Adakah aku selalu bertindak mengikut rentak hati? Sehinggakan setiap tindakanku bisa melukakan hati pihak lain yang terpaksa menahan hati dengan kedegilanku?

            Leena mendekati aku. Tanganku disalam dan diciumnya sebelum dia memeluk aku.           “Baliklah, kak, untuk ibu, kerana Allah,” bisik Leena pada telingaku. Hatiku tersayat pilu. Usai Dalila menyalami aku, aku menghantar mereka ke pintu hotel. Hati berdilema sendiri. Bakal menyesalkah aku jika kedegilanku ini menenggelamkan aku, memaksa aku untuk menatap wajah ibu kala nafasnya sudah tiada dapat dihela lagi di atas muka bumi ini?


No comments:

Post a Comment