Total Pageviews

FIRST BABY

Sunday 4 September 2016

Cerpen- Siapa Aku Pada Kamu? (Part 4)



            MAJALAH di atas riba terus kucapai dan kubuka supaya menutup wajah sebaik mungkin. Dalam fikiran, dah terbayang-bayang wajah Leena. Atau mungkin... Dalila? Yalah, Dalila tu pun terlalu petah bercakap. Rahsia dengan dia, sikit pun tak boleh simpan. Walhal umurnya baru menginjak tiga tahun pada tahun ini.

            Tiba-tiba terdetik secebis rasa ingin mengesahkan apa yang mata ini ternampak sebentar tadi. Perlahan-lahan aku menjenguk pada sisi majalah, memerhati susuk tubuh itu yang sedang berjalan dengan seorang wanita di sisinya. Tampak mesra lagak mereka membuatkan hatiku berasa tenang. Bibir terlarik senyum nipis. Tanpa dipinta, aku tersentak sedikit saat dia berpaling ke arah ini dan entah bagaimana, pandangan kami bersetentang seketika. Aku yang tadinya berasa tenang diasak gelisah. Agak-agak aku mati tak hari ini? Melihat dirinya berpaling barangkali untuk bercakap dengan wanita di sisinya, terus sahaja aku mencampak majalah yang kupegang tadi ke atas meja dan membuat larian pecut ke arah tangga hotel. Nasib baik aku jaguh berlari. Joging setiap pagi dah jadi rutin aku. Jadi kalau nak berlari pecut ke, jarak jauh ke, tak jadi masalah.

            Dah lepas lima tingkat, aku terdengar bunyi derap langkah jauh nun di bawah. Kasut kulit kan... Bukannya aku tak nampak pakaian formal dia tadi. Tapi aku tak kisah pun, cuma larian kupercepatkan. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik, aku menarik nafas kelegaan sebelum tangan bergerak menyelongkar tote bag di tangan.

            Puas menggali, kad kunci yang dicari tidak ditemui. Aku mendesah geram. Terus sahaja aku berlutut di hadapan pintu bilik sebelum mengeluarkan segala harta karun yang berada di dalam beg itu. Sah! Memang tiada. Barang-barang yang berselerakan di atas lantai kukutip dan kumasukkan semula ke tempat asalnya. Fikiran sibuk mengimbas kembali kedudukan kad kunci bilik penginapan yang kuhuni ini. Sedarlah aku, kad kunci itu ternyata sedang berada di bawah, selamat dalam simpanan kaunter penyambut tetamu. Sudah menjadi kelaziman aku untuk menyerahkan kad kunci hotel kepada kaunter sebelum aku keluar bagi mengelakkan sebarang kes kehilangan. Kecuaian aku ni, bukannya boleh dijangka.

            Looking for this?” Sapaan itu nyata mengejutkan aku. Aku mendongak, dengan mata yang sedikit membulat. Terus sahaja mata terpandangkan kad kunci pada tangannya yang sengaja dia tayangkan kepadaku. Perlahan-lahan aku bangkit daripada dudukku. Tangan memeluk tubuh dengan tubuh kusandarkan pada dinding.

            “Mulut siapa yang becok sangat? Leena, Lila?” ujarku, bernada dingin. Hanya hujung mata yang bergerak memerhatikan tingkahnya yang membuka pintu bilik penginapan yang terkunci. Setelah pintu dibuka, tangannya dihalakan ke dalam bilik, sebagai isyarat menyuruh aku masuk. Memikirkan aku tidak mahu berbalah dan aku sedang kepenatan, maka kuturut sahaja. Dalam fikiran sudah terbayangkan katil yang empuk. Aku cuma mahu berehat dan bersenang-lenang di atas katil.

            Masuk sahaja ke dalam bilik, tote bag aku letakkan di atas meja sebelum tubuh kurebahkan di atas katil. Comforter sempat kutarik menutupi kepala. Aku tidak mahu memandang dan dipandang. Jadi, cara menyelubungkan diri begini, sangat efektif.

            Tired?” Soalannya menerjah gegendang telingaku.

            Exhausted.

            Happy?

            Not really.

            Healthy?

            Alhamdulillah.

            Mad?

            Quite.

            Hate?

            A bit.

            Love?

            None.

            Thanks?

            You’re not even welcomed.

            Tepat dan jitu jawapan aku. Harap-harap mengenalah dekat hati dia.

            Arrogant.

            I’m not.

            Juvenile.

            It’s you!

            Rebellious.

            As you can see.

           Be my wife?

           Otak tiba-tiba terasa lambat nak memproses. Maka, comforter terus kubuka. Pandangan kuangkat sebelum memandangnya yang sedang duduk bersilang kaki di atas kerusi empuk dengan sepasang matanya sedang tertala lurus ke arahku.

           Huh? I am!

           Oh, really?” Kening sebelah kanannya terjungkit. Lagak sinikal. Terlalu sinikal. Dan reaksinya itu membuatkan hatiku bergetar cuak. Tiba-tiba terasa berdosa. Lidiya! Apa masalah kau ni?

           Not anymore if you’re willing to divorce me.

            Sejurus selepas bicaraku itu, dia terus bangkit, berjalan dengan tangan memeluk tubuh, menghadap tingkap yang dapat dilihat kabur-kabur suasana di luar melalui langsir putih bersifat lutcahaya.

            Don’t ever mention about divorce, Hamraa’. Stop killing my soul. I can’t live without my soul even if my body is still fit and healthy,” tuturnya. Aku tidak ada hati hendak mendengar bicaranya.

            I can’t help you to live. Find someone else,” balasku.

            Stop pushing me. This is not about you. This is not about me. This is about us. Our marriage. Our life. Our little family that we’re about to build. Saya perlukan awak dalam pernikahan ini, Lidiya. Awak perlukan saya dalam pernikahan ini. Tak boleh ke, walau sekali, atau mungkin sesaat, awak fikirkan mengenai pernikahan kita? Mengenai kita? Salah ke kalau saya nak tebus balik kesilapan saya? Saya nak bina balik apa yang tertangguh dulu? Saya nak sambung balik ikatan janji yang terputus dulu? Bukan awak sahaja yang menahan sakit, Lidiya. Bukan awak saja yang sakit. Saya pun sakit. Terlalu sakit. Untuk mencari yang lain, saya tak ada hati, tak ada rasa walau saya tahu jalannya mudah. Untuk mendapatkan awak, saya ada kemahuan, saya ada rasa walau saya tahu jalannya terlalu sukar. Permintaan awak selama tiga tahun ini, saya tak dapat tunaikan. Tak mampu. Maafkan saya, kalau sekali lagi, saya menjadi punca awak marah dan awak benci.” Entah mengapa, bicaranya merusuhkan jiwaku. Aku tenggelam sendiri. Larut dalam bicara hati yang bertepikan emosi. Memori yang tertanam di dalam fikiran, perlahan-lahan muncul semula. Rasa amarah dan dendam dahulu seakan-akan muncul kembali memaksa aku beristighfar perlahan.

            “Saya tak akan bertanggungjawab kalau awak tewas dengan kemahuan awak sendiri.” Masih tegas pendirianku, tidak mahu beralah dengan bicaranya. Zohor itu, solat kami tunaikan berjemaah. Dia yang mengajak. Aku pula mengikut. Sementelah, berjemaah itu kan lebih baik. Terselit sedikit rasa kagum, dia menjaga solatnya. Ya, tidak seperti dahulu.


            Mungkin benar, awak tiada dalam ingatan saya. Tetapi hati saya masih merasai kehadiran awak. Rasa sepi, yang Khalisah sendiri tidak mampu menjawab apabila saya bertanya. Rasa kosong, seolah-olah keceriaan yang saya kongsi dengan Khalisah tidak setanding dengan keceriaan yang kita kongsi bersama-sama. Kerana itu, saya katakan 6 tahun telah awak membunuh jiwa saya. Biar awak tiada dalam ingatan saya, tetapi kehadiran sepi awak menyakiti jiwa saya. Dalam awak merasai sakit, dikhianati janji saya, saya merasa perit, kerana tidak diketahui mengapa, apa dan siapa yang merusuhkan jiwa saya. Kerana itu saya katakan, bukan awak saja yang sakit. Saya juga sakit, Hamraa’.
            BARIS ayat yang tertera pada kad kecil yang disisip di antara ikatan riben dan kotak itu kubaca teliti. Kad yang ketiga puluh. Pada kad yang ketiga puluh ini, dia telah menjawab satu persoalan penting yang bermain-main dalam benakku. Aku menghembus nafas perlahan. Kami sama-sama menanggung rasa sakit? Benarkah begitu? Aku kira, jika benar, pastilah sakitnya lebih menyakitkan. Dengan keadaan mentalnya, ditambah pula dengan tekanan emosi, pastilah dia lebih sakit. Sekurang-kurangnya aku tahu, marahku kepada siapa, rinduku kepada siapa. Tetapi dia tidak. Dia tidak tahu.

            Kotak kecil pada tangan kubuka.

            Lunch?

            Sebuah patung lembut berbentuk penyu terisi di dalam kotak itu. Aku tersenyum kecil. Comel juga penyu ini. Ke mana dia kali ini? Terengganu, mungkin. Patung penyu itu kuletakkan sebaris dengan teman-teman seperjuangannya. Menjadikan angkatan mereka bertambah kepada tiga puluh satu anggota. Pelbagai jenis haiwan dan bunga telah menjadi anggota angkatan itu sehinggakan aku selalu tidak sabar menunggu hari esok untuk menambah bilangan anggota.

            Telefon pintar kucapai sebelum mesej kutaip untuk dihantar kepadanya. Pertama kali aku menyahut keinginannya. Pertama kali aku menghantar mesej kepadanya, menyatakan respons.

            Love that cute green turtle. Muka turtle tu macam muka awak. Lunch? Tak kuasa. Dinner, maybe? 7.00 pm. Datang sini.

            Hahaha. Lima pupu belah penyu, memanglah sama muka. Okay. 7.00 pm. Looking forward to see you.

            Usai membaca balasan mesej daripadanya, aku terus bangun dengan niat untuk memulakan kerja memasak. Berbaik ke aku dengan dia? Hmmm... Tak , mungkin. Dalam hati terselit rasa syukur, awal pagi tadi, aku menerima berita, ibu sudah stabil dan baik kesihatannya.


            SEPI. Sepatah perkataan itu cukup menggambarkan suasana pada ketika ini. Kekok. Ya, itu aku. Dia? Entah, aku tidak dapat menebak apa yang dia rasa.

            “Pak ngah!!!”

            Terus terpusing kepalaku mendengar jeritan halus itu.

            “Lila? Kenapa tu?” Sambil bertanya, dia bangun daripada duduknya dan berlalu pergi mendapatkan Dalila. Aku juga ikut bangun lambat-lambat menuruti langkahnya. Kenapalah Leena dengan Dalila ‘baik’ sangat hari ni? Kalau setakat hendak menjaga Dalila selama tiga hari, aku tidak ada masalah dengan permintaan Leena itu. Tetapi, permintaan Dalila amat membebankan aku. Ada ke dia ugut aku, selagi pak ngah dia tak ada dengan dia, dia tak nak makan, tak nak mandi, tak nak tidur. Tak ke... Huh! Kalau ikutkan, aku bagi aje Dalila dekat Habib, habis cerita. Tapi Leena mulalah nak membebel, kata yang dia tak nak minta tolong dengan ipar, tak nak menyusahkan ipar. Apa guna kakak kalau ada tapi serupa tak ada? Haih, sah! Perangai degil Leena memang menurun dekat Dalila.

            Aku menyandar tubuh pada dinding, sekadar memerhati sketsa di hadapan mata dari jauh.

            Why, Lila?” tanya Habib. Dalila yang sedari tadi asyik menunduk dan mengenggam tangannya mula mengangkat wajah. Aku terkejut, melihat wajahnya yang basah dengan air mata. Perlahan-lahan aku hampiri Dalila sebelum aku berlutut di hadapannya.

            It hurts, aunty...” rengek Dalila. Tangan kecilnya kucapai setelah kusyaki, ada sesuatu yang tidak kena dengan tangannya itu. Sebaik sahaja genggaman tangan itu terbuka, aku semakin terkejut melihat telapak tangan yang merah dicemar darah.

            Lila, what happened?

            Dalila senyap, hanya esakan halusnya yang kedengaran. Habib di tepi sudah bangun dan menghilang. Entah ke mana. Aku menarik Dalila ke ruang tamu sebelum mendudukkannya di atas sofa.

            “Tunggu sini,” pesanku sebelum langkah kuatur bagi mendapatkan sebekas air suam dari dapur dengan sehelai tuala bersih dari dalam almari di bilik.

            Aku duduk di sebelah Dalila. Bekas air suam tadi kuletakkan di atas meja sebelum tuala kucelupkan ke dalam air suam itu dan kuperah. Tangan Dalila yang luka itu kulap agar bersih daripada darah.

            “Apa yang dah jadi, Lila?” soalku. Setahuku, Lila tidak bermain jauh. Cukup sekadar di halaman rumah.

            I fell down. There’re some broken glasses. They cut my palm. It’s hurt...” Dalila menjelaskan. Setelah itu, dia menyandarkan kepalanya pada tubuhku. Aku mengetap bibir. Ya, aku tahu akan kehadiran kaca itu. Aduhai, mengapalah aku begitu cuai? Terlupa pula untuk aku kemaskan botol kaca yang pecah semalam.

            Habib datang dengan bekas peti pertolongan cemas di tangan. Terus sahaja dia merawat dan membalut luka Dalila. Dalila hanya senyap dengan kening dan dahi yang sekali-sekala berkerut-kerut, barangkali menahan sakit.

            Kepala Dalila kuusap-usap perlahan sebelum perlahan-lahan kukucup beberapa kali.

            Lila, I’m sorry. I’m really sorry, sayang. Aunty sepatutnya bersihkan kaca yang pecah tu semalam. I’m sorry, Lila...” Ucapku tulus.

            It’s my fault, aunty, for not being careful. It’s okay. I’m strong like pak ngah. Right, pak ngah?” Habib angkat muka, pandang aku, sebelum pandang Dalila dan dia mengangguk dengan senyum pada bibirnya.

            Hmmm... So now that your pak ngah is already here, would you like to have your lunch?” soalku, dengan jari-jemari yang masih bermain-main dengan rambut Dalila.

            Can I have my favourite sandwich, pak ngah?” soal Dalila kepada Habib. Haih, entah kenapa aku nak rasa cemburu dengan Habib? Sikit-sikit pak ngah. Berapa banyak aje perkataan aunty dia dah sebut sejak Habib jejak kaki ke sini, sejam yang lepas.

            “Tak boleh. Kita tak ada roti dalam rumah,” bidasku. Sempat aku menjeling wajah Habib. Habib turut membalas pandanganku. Pandangan dia tu macam nak berlagak. Sebab apa? Sebab Dalila lebih sayang dialah tu. Aku cebik bibir. Tak nak kawanlah Dalila macam ni.

            “Alaaa... Tapi Dalila nak makan sandwich pak ngah.” Dalila dah mula merengek. Sah, ni mesti mengantuk punya fasal. Tu yang sibuk nak minta macam-macam. Mentang-mentanglah penat sebab cedera tadi.

            Aunty... Bolehlah, aunty. Lila nak makan sandwich pak ngah.” Dalila masih merengek manja. Sudahnya aku main aci tenung mata dengan Habib. Macamlah mata tu boleh bercakap. Sekejap-sekejap kerut dahi, sekejap-sekejap angkat kening. Aku buat muka malas nak layan kerenah Dalila. Sungguh, aku memang tak kuasa nak melayan kalau dalam bab budak-budak ni. Haih... dah tiga puluh tahun pun, kau masih tak matang, Lidiya...

            If there’s no bread, then I’ll cook something new for you. Is that okay?” soal Habib dengan mata yang terarah pada Dalila. Dalila tarik sengih manja sebelum dia mengangguk teruja.

            Yes. I love your cooking,” kata Dalila. 

             Mata aku jegilkan kepada Habib. Aku dah masak, kut? Membazirlah!

            “Encik Qadus, kalau you masak, siapa nak makan apa yang I masak atas meja tu?” ujarku. Nampak tak aku tengah marah dan bengang sekarang ni? Habis keluar segala I-you yang ada.

            Boleh Habib buat tak tahu aje dengan apa yang aku cakap? Ni yang aku stress ni. Tak tunggu lama, aku terus bangun dengan bekas air suam dan tuala yang kubawa tadi menuju ke dapur dan mendapatkan singki. Bekas plastik dan tuala itu kubasuh bersih.

            Tidak semena-mena, hembusan hangat terasa menyapa kulit pipi.

            “Marah ke?” Serentak itu, soalannya menyapa pendengaran. Aku berganjak ke tepi. Ni apa kes nak main tiup-tiup muka orang? Lagilah aku stress.

            “Eh, tak marah.... Suka. Tak nampak I tengah senyum ni?” balasku sambil tangan kuat menyental tuala di singki.

            She’s just a kid, Lidiya... Dahlah budak tu tengah sakit, so consider-lah nak terima permintaan dia. Kalau dia tengah sihat, mengada-ngada nak minta, memang kena fikir dua tiga kali lah sebelum terima permintaan dia. Awak ni pun satulah kan... Nak kata muda lagi, menipu. Takkan sampai sekarang tak pandai layan budak? Ayyas dengan adik-adik dia dekat London tu, takkan awak tak jaga?” soal Habib.

            “Ayyas lelaki, Lila perempuan. Lain, tau? Ayyas tak mengada. Lila tu mengada sangat,” bebelku.

            Jealous. Ni baru dengan anak saudara umur tiga tahun. Kalau dengan perempuan lain, entah tahap manalah cemburu tu, kan? Tu pun ada hati lagi tu nak suruh saya cari lain,” tutur Habib. Huh? Cemburu? Tuhan! Masa bila?

            “Dah! You jangan nak perasan! You nak kahwin lain ke nak apa ke, I tak kisah okey? Disebabkan Lila, I izinkan you tinggal sini. Tapi kita buat hal sendiri. You tu jangan berani nak buat apa-apa.” Aku memberi amaran.

            “Apa-apa, what?” Habib menyoal. Aku menoleh sekilas memandangnya yang sedang berpeluk tubuh bersandar pada kaunter dan tersenyum nakal merenungku.

            “Apa-apalah! Apa-apa pun tak boleh,” tegasku.

            “Kalau nak buat jugak?”

            I saman.”

            You tak boleh saman I. I suami.”

            I lari.”

            “Beranilah...”

            I lari tak balik terus.”

            “Buatlah...”

            I lari tak minta izin sesiapa, tak bagitahu sesiapa, tak akan dijumpai sesiapa.”

            “Cubalah...”

            I la...” Belum sempat menamatkan kata, tangan yang sedang kukeringkan dengan tuala terasa direntap kuat sehinggakan tuala kering itu terlepas dari tangan. Semerta diri dah berada di dalam pelukan dan dahi terasa hangat semacam.

            “Habib...” Suaraku menekan. Nafas terasa tersekat, tidak selesa dengan bau wangiannya dan terlalu tidak suka dengan tingkahnya.

            Will you run away now?” soalnya selepas dahiku bebas daripada bibirnya. Aku tarik tangan aku yang berada dalam pegangannya dekat dengan dadanya beberapa kali, tanda memberontak. Namun tidak dilepasnya.

            “Lidiya...” Suaranya lembut menyapa pendengaran memaksa aku mengangkat pandangan memandang sepasang matanya. Tangan yang sedari tadi tergenggam erat terasa dilepas dan wajah terasa geli disentuh jemari sejuk miliknya. Dapat aku rasakan jari telunjuk dan ibu jarinya yang sejuk itu menyentuh tengah dahiku, turun menyentuh kedua-dua belah keningku dengan ibu jarinya pada kening kananku, jari telunjuknya pada kening kiriku, turun melalui pucuk hidung, turun mengusap-usap kedua-dua belah pipi, dan bibirku. Sensitifnya kulit bibir sehingga pada sentuhan pertamanya sahaja sudah aku tarik kepalaku ke belakang dek rasa terkejut yang melampau.

            Lidiya Hamraa’... You’re my wife, sayang...” Dan entah kenapa, seakan-akan dirasuk, mataku tetap tidak beralih daripada memerhati sepasang matanya. Hangat nafasnya terasa menyentuh kulit wajahku, membuktikan betapa dekatnya kedudukan kami kini.

            “Lidiya Hamraa’, abang minta maaf atas segala apa yang telah abang lakukan pada Hamraa’ sama ada ketika abang sedar atau tidak. Percayalah, Hamraa’, bukan niat abang meninggalkan Hamraa’ begitu saja. Bukan niat abang melupakan janji abang. Bukan keinginan abang melupakan Hamraa’. Bukan pinta abang, menyakiti hati Hamraa’. Hamraa’ kecewa dan marahkan abang, tapi abang gusar dan tidak tahu kepada siapa harus abang marah. Kita sama-sama mangsa, Hamraa’. Kita sama-sama rasa sakit kerana pertemuan pertama itu. Pertemuan pertama yang bukan biasa. Pertemuan pertama yang istimewa. Pertama kali mengenali sayang, I know that you’re the pearl. Mutiara yang abang cari selama ini. But it’s my health condition. It kills us. I’m sorry, sayang. I’m sorry to dissappoint you. To dissapoint us,” bicaranya. Aku lemas. Keliru dengan bicara hati.

I’m sorry, Qadus... I can’t,” tuturku perlahan. Pandangan sudah kualih, memandang ke arah periuk nasi di belakangnya.

Don’t make things hard, Hamraa’. Don’t make things complicated. Can’t we just settle this down? Can’t we just think about our future?” katanya. Aku diam beberapa ketika. Berfikir soal masa depan? Masa depan apa? Masa depan yang bagaimana?

            It’s you who’re making things complicated, Qadus. We didn’t belong a future together. We didn’t belong to each other. I will not repeat the same big mistake again. Wanna know what is it? My biggest mistake is trusting you and loving you. Yes. Trust and love. You’ve ruined my trust, you’ve ruined my love. How can I trust you again, if you’ve broke my trust before? How can I love you again, if you’ve broke my love before? I’ve lost trust and love, Qadus. I can’t trust and love anymore,” tegasku menutur. Ya, aku tidak hidup dengan kepercayaan, tidak hidup dengan cinta selepas dikhianati dia.

            Dia tersenyum selepas rangkulannya pada pinggangku dilepas. Senyum sinikal. Senyum yang membuatkan hatiku terasa panas dan tercabar. Mengapa dia senyum?

            Oh... I see. Awak tidak lagi mempercayai? Tidak lagi mencintai? Jadi bagaimana dengan Allah? Bukankah perlunya percaya dan cinta itu kepada Allah? Apakah mungkin, kerana tidak mahu percaya, dan tidak mahu mencintai, awak belakangkan jodoh yang Allah dah tetapkan? Secara tidak langsung, awak nafikan apa yang telah Allah tetapkan untuk kita. Jangan kerana nafsu, iman awak jatuh. Saya kenal Lidiya Hamraa’ enam tahun dulu, seorang gadis yang bebas laku. Islam bukan cara hidupnya meskipun saya tahu dia seorang Islam. Saya kenal Lidiya Hamraa’ empat tahun lalu, seorang gadis yang begitu teguh mempertahankan prinsipnya, mempertahankan dirinya sebagai seorang Muslimah. Dan nyata, iman saya tergugat pada hari itu. Melihat petahnya bicara seorang wanita mengenai Islam, memaksa saya mengejek diri, lemah dan lembiknya seorang Muslim sebagai pemimpin. Dan kerana bicara awak pada hari itu, saya seakan-akan baru terjaga daripada mimpi. Baru tersedar yang saya seorang Muslim. Hari ini, saya mengenali seorang Lidiya Hamraa’ yang terlalu rapuh hanya kerana sekali dia dikecewakan tanpa sengaja...” Tangan kanannya naik mengusap-usap pipi kiriku, memaksa aku kembali merenung sepasang matanya yang kelihatan bening. Entah mengapa, bebola matanya kelihatan semakin lama semakin bening. Berair sedikit, dan semakin banyak... Dia menangis?

            “Hamraa’, kadang saya penat. Terlalu penat memikirkan apakah saya terlalu memaksa awak untuk bersama-sama saya... Apakah hanya saya yang setia dengan cinta walau berkali-kali dilukai dengan penolakan dan penafian seorang isteri yang saya cintai? Apakah hanya saya yang bersungguh? Untuk melepaskan awak, itu tidak mungkin terjadi, Hamraa’. Saya terlalu kasihkan awak, terlalu mencintai awak...” tuturnya dengan setitis air mata yang jatuh daripada tubir mata kanannya. Aku terkedu. Terkesan sekali dengan air matanya. Dan entah atas sebab apa, terketar-ketar tanganku naik mengesat air mata itu dan merenungnya sebelum aku menjatuhkan tanganku, menundukkan pandangan dan melangkah pergi dari ruang dapur itu. Air matanya... Hatiku kacau kerana air matanya.



            RAMBUT yang basah kulap dengan tuala di tangan. Akhirnya, bebas juga rambut aku ni. Seharian bertudung di dalam rumah sendiri, memang memeritkan jiwa.

            Telefon di atas katil kucapai dan kuhidupkan. Aplikasi telegram kubuka, membaca mesej-mesej yang kuterima.

            Mata terpaku pada satu mesej yang diterima tiga puluh minit yang lalu. Sekali baca, aku kelam. Dua kali, masih kelam. Tiga kali, masih kelam. Kali yang keenam, tubir mataku terasa basah. Pandangan sudah kabur semacam sebelum setitis demi setitis air mataku jatuh menimpa skrin telefon.

            Salam, Lidiya. Farah dah meninggal. Dia tak dapat diselamatkan lepas lahirkan anak dia. Tabah, ya...

            Tabah? Disuruh aku tabah?

            “Allah...” Separuh menjerit bicaraku terlepas. Mulut kukatup dengan tangan kiri yang memegang tuala, menahan esakan. Farah... Sahabat baik aku. Masakan... Ya Allah, mengapa begitu cepat?

            “Aku takut aku tak sempat aje nak tengok kau bahagia. Bukannya aku tak tahu, jauh dalam hati kau tu, kau mesti ada rasa jugak nak bahagia dengan dia. Tipu kalau cinta kau kepada dia tu dah tak ada. Kau hanya takut dikecewakan sekali lagi aje, Lid. Kau takut dikecewakan lagi, sebab tu kau mengelak daripada dia. Lid, tu baru sebahagian kecil aje ujian yang Allah hulur kat kau. Uji sekecil itu, kau dah melatah. Cubalah kalau kau berada di tempat aku... Bersyukurlah, Lid. Pergi kepada dia yang Allah pinjamkan. Kecap bahagia tu. Aku teringin sangat nak tengok kawan baik aku ni bahagia...”

            Bagai terdengar-dengar bicaranya itu menyapa gegendang telingaku. Bertambah kuat aku mengesak. Bertambah deras air mataku. Saat ini, fikiran terbayang akan si kecil yang baru sahaja lahir. Si kecil yang Farah nantikan dengan sabar. Si kecil yang Farah nantikan sebagai peneman buat dirinya. Tetapi kini si kecil itu lahir tanpa peneman. Siapa sahaja waris yang Farah punya? Dia sendiri membesar di rumah anak-anak yatim. Arwah suaminya juga begitu.

            Aku bangkit berdiri. Serasa diri tidak boleh lemah. Serasa diri punya tanggungjawab yang begitu besar terhadap Farah dan anaknya. Kalau bukan aku, siapa lagi?

            Usai berpakaian ringkas yang menutup aurat, aku keluar dengan beg tanganku. Air mata masih berjuraian jatuh. Sedih ini terasa tidak mampu dikawal.

            Terserempak dengan Habib di pertengahan jalan menuruni tangga bukanlah kebetulan yang aku inginkan kini. Melihatnya, menambahkan lagi deras air mata. Hati terasa lembut yang teramat, seperti tisu basah yang menanti dikoyak.

            Hamraa’, what’s going on? Where are you going?

            “Farah... Dia... Farah... Meninggal... Boleh saya... Saya nak keluar.” Terputus-putus bicaraku terkeluar daripada bibir. Air mata yang membasahi pipi kukesat laju.

            “Abang tak izinkan. You can’t drive in this condition. I’ll drive you,” katanya. Aku diam, dengan mata menekur anak tangga. Kepala memang terasa berat akibat menangis. Mampukah aku memandu sendiri dalam keadaan begini?

            “Okey...” tuturku perlahan. Ya, aku tidak mampu memandu sendiri. Habib kulihat sudah melangkah naik. Beberapa ketika kemudian, dia turun semula dengan Dalila yang masih menggosok-gosok mata di sisinya.

            Where’re we going?” soal Dalila. Kasihan, Lila... Terganggu lenanya.

            Come, we’ll wait in the car,” ujarku. Dalila berjalan ke arahku sebelum aku memaut tangannya dan kami berjalan beriringan keluar dari rumah. Tanpa berfikir panjang, terus sahaja Lila kumasukkan ke dalam perut kereta Toyota Camry milik Habib. Dalila terus berbaring di ruang belakang itu, menyambung kembali lenanya. Aku menanti di ruang hadapan, di sebelah pemandu. Pandangan kuatur, merenung kosong tingkah Habib yang sedang mengunci pagar rumah. Fikiran masih terlalu kacau memikirkan sahabatku. Tuhan, permudahkanlah urusannya...

No comments:

Post a Comment