Total Pageviews

FIRST BABY

Saturday 14 September 2013

Cerpen- Cinta Miss Troublemaker -Part 4, Final-



        “SYIRA nak beli apa?” soal Aizat. Musyirah masih merenung dinding kaca lutsinar di sisinya. Pandangannya kosong bagai tiada perasaan. 

            “Syira penat tunggu dia. Syira nak jalan-jalan dekat sini,” jawab Musyirah. Namun, pandangannya masih belum berkalih. Aizat mencapai pergelangan tangan kanan adiknya. Khuatir adiknya akan rebah memandangkan Musyirah kerap pitam sejak suaminya tiada. Jelas tekanan yang dihadapi adiknya itu.

            “Jom,” ajak Aizat. Musyirah membuka langkahnya, menuruti langkah Aizat. Baru beberapa langkah berjalan, dia terhenti. Aizat terpaksa melakukan perkara yang sama.

            “Abang...” panggil Musyirah. Jari telunjuknya tangan kirinya menyentuh dinding kaca lutsinar itu. Matanya dikecilkan dan dibesarkan buat beberapa kali.

            “Dia ke tu?” soal Musyirah. Aizat merapati adiknya. Arah yang ditunjukkan oleh adiknya itu dipandang.

            “Tu suami Syira kan? Syira yakin tu dia kan abang?” soal Musyirah bersama-sama senyuman di bibir. Aizat mengangguk, mengiakan pertanyaan adiknya.

            “Jom Syira,” ujar Aizat. Laju kakinya melangkah menuju ke kedai pakaian itu. Musyirah turut melangkah dengan laju meski keadaannya sedia lemah.

            “Nazhirin Syahran bin Mukhtar!” Lantang suara Aizat memanggil nama Nazhirin. Panggilan itu menarik perhatian seiisi kedai menjual pakaian itu. Nazhirin yang sedang membelek sepasang baju kurung segera berpaling.

            Can I talk to you  for a few minutes?” soal Aizat. Nazhirin mengangguk. Langkah diatur mengikuti langkah Aizat. Pandangannya terpaku pada wajah Musyirah yang cukup kosong. Wajah itu cukup pucat.

            “Ingat siapa dia?” soal Aizat. Nazhirin memandang Aizat.

            “Aku abang dia, Aizat,” jelas Aizat. Nazhirin mengangguk. Mana mungkin wajah yang cukup dirinduinya itu dia lupakan. Namun dia tidak menyangka yang dia akan menemui Musyirah dalam keadaan sebegini. Dia tidak sangka yang pemergiannya selama dua minggu itu meninggalkan kesan yang amat dalam bukan sahaja pada dirinya, malah turut pada Musyirah.   

            “Lihatlah apa yang kau dah buat pada Syira,” tutur Aizat. Musyirah menghantarkan pandangan yang kosong meski dia sedar akan keberadaan suaminya itu.

            “Aku peliklah dengan kau ni. Apa yang ada dalam fikiran kau sebenarnya? Apa tujuan kau tinggalkan Syira?” soal Aizat.

            “Abang Aizat... Syira tak larat. Cukuplah Syira dah jumpa dia. Syira dah tau bagaimana sihatnya dia,” tutur Musyirah. Dia hampir rebah. Pantas Aizat memaut lengan adiknya, menghalang Musyirah daripada terjelepok. Nazhirin bergerak merapati Musyirah. Aizat sekadar memandang tanpa ada niat untuk menghalang Nazhirin daripada mendekati adiknya.

            “Bukannya saya sengaja buat Syira macam tu. Saya ada sebab saya sendiri,” kata Nazhirin sebelum mencempung tubuh Musyirah yang sudah tidak menyedarkan dirinya.

            “Hei, kalau betul kau ada sebab kau sendiri, aku nak kau nyatakan sebab tu sekarang!” tegas Aizat. Langkah Nazhirin dihalangnya.

            “Selama dua minggu ni, saya berada di Perak. Ada kerja yang perlu diselesaikan,” jawab Nazhirin. Langkahnya diatur kembali.

            “Kerja apa sampaikan tak contact isteri selama dua minggu tu? At least, kau bagi tahulah dia kau ke mana,” kata Aizat. Kecewa sungguh akan sikap adik iparnya itu. Nazhirin tidak menjawab. Baginya, kesihatan isterinya adalah lebih penting.


            MUSYIRAH merenung dinding di dalam biliknya dengan pandangan yang kosong. Fikirannya juga kosong. Entah mengapa, kata-kata suaminya langsung tidak hinggap di fikirannya. Baginya, alasan suaminya meninggalkan dirinya adalah tidak mampu diterimanya. Penjelasan itu tidak cukup kukuh. Kini, hatinya mula mempersoalkan, teguhkah cinta suaminya buat dirinya?

            “Kakak...” Suara lembut Munirah menerjah gegendang telinganya. Musyirah menghela perlahan nafasnya.

            “Nak apa Ira?” soal Musyirah. Munirah mengambil tempat di sebelah kakaknya.

            “Abang Naz...” Musyirah memandang adiknya itu dengan pandangan yang tajam.

            “Apa? Dia nak apa lagi?! Dahlah, kakak dah cukup terseksa dah kena tinggal dengan dia. Susah sangat ke dia nak bagitahu akak yang dia ada kelas di sana? Bagi tahu sajalah!” bentak Musyirah, geram. Munirah mengetap bibirnya.

            “Kakak, cuba kakak bagitahu Ira, boleh ke seorang isteri buat perangai macam ni dekat suami dia? Tak boleh kan? Kak, semarah mana pun seorang isteri terhadap suaminya, kakak tetap kena ingat yang kakak seorang isteri dan abang tu suami. Kakak tahu kan berdosa bila kakak abaikan suami kakak. Lagipun, abang tak bagitahu kakak sebab dia tak nak kakak risaukan keselamatan dia. Dia kenal sangat siapa kakak. Ira pun kenal perangai kakak yang kalut tak kira masa tu,” kata Munirah. Serabut fikirannya melihat keadaan rumah tangga kakak dan abang iparnya itu. Jadi, tekadnya kini dia harus memperbaiki keadaan daripada menjadi semakin teruk.

            “Ira tau, kakak ada sembunyikan sesuatu daripada abang kan? Kakak fikir Ira tak dengar ke apa yang kakak cakap dekat doktor tadi?” Munirah menduga kakaknya. Entah sampai bilalah kakaknya itu ingin menyimpan rahsia.

            “Perlu ke dia tahu?” soal Musyirah. Munirah tersenyum.

            “Kakak, ni...” Tangan kanannya mendarat di atas perut Musyirah. Musyirah sekadar memandang.

            “Anak siapa?” soal Munirah.

            Musyirah mengetap bibirnya sebelum menjawab, “Anak kakaklah.”

            “Ya, kakak memang ibunya. Tapi ayahnya? Abang Naz kan? Kakak buatlah apa-apa pun, tetap tak akan mengubah kenyataan bahawa anak ni ialah anak kakak dengan Abang Naz. Kakak kena bagitahu dia,” ujar Munirah, lembut. Musyirah melepaskan keluhan perlahan.

            “Kakak takut... takut dia tinggalkan kakak lagi. Kakak terlampau sayangkan dia. Cuba Ira bayangkan, andai Ira dah sayangkan seseorang itu ibarat nyawa Ira sendiri, bila dia pergi tinggalkan Ira, maknanya nyawa Ira turut dibawa bersama-sama dia. Sakit sangat rasanya, Ira. Kakak tak nak terima alasan dia sebab kakak takut perkara ni terjadi lagi,” luah Musyirah. Air matanya mengalir lesu.

            “Abang janji, perkara macam ni tak akan terjadi lagi. Abang janji, abang tak akan tinggalkan Syira tanpa sebab, tanpa diberitahu. Abang janji, abang akan jaga dan didik Syira dan bakal anak-anak kita dengan sebaik-baiknya. Abang janji, abang akan pelihara cinta kita dan membimbing rumah tangga kita sehingga ke jannah,” tutur Nazhirin yang sudah berdiri di muka pintu. Munirah sudah pun keluar sebaik sahaja Nazhirin menuturkan ayat pertamanya tadi. Kini hanya tinggal Musyirah dan Nazhirin di dalam bilik itu.

            “Kata orang, orang yang menuturkan janji sangat mudah untuk melupakan janji-janjinya. Tapi orang yang menerima janji akan pegang janji-janji itu sampai bila-bila. Syira tak nak abang berjanji. Syira takut janji-janji itu akan dilupakan dan tidak ditunaikan. Syira tak nak abang berjanji sebab bila abang dah berjanji, janji tu akan Syira pegang buat selama-lamanya. Syira takut, andai janji itu tak ditepati, hati Syira yang akan terluka,” kata Musyirah. Nazhirin mula merapati isterinya.

            “Janji-janji abang itu bukan sekadar janji biasa. Janji-janji itu disertakan dengan azam. Azam yang abang sematkan di dalam hati dan janji-janji itu, InsyaAllah, akan abang laksanakan. Bukan Syira seorang sahaja yang terseksa bila kita berpisah. Abang turut terseksa. Kalau tidak disebabkan handphone abang tertinggal, sudah pasti hari-hari abang akan hubungi Syira. Abang minta maaf. Silap abang juga,” bicara Nazhirin. Musyirah memandang wajah suaminya.

            “Kenapa tak pinjam handphone orang lain?” soal Musyirah. Nazhirin mengangkat keningnya sebelum mengambil tempat di sebelah Musyirah.

            “Cuba Syira cakap dekat abang, tutor mana yang hari-hari pinjam handphone pelajar-pelajar dia?” soal Nazhirin. Musyirah mengetuk perlahan jari telunjuk tangan kanannya pada dagunya.

            “Tak mustahil ada tau. Ataupun abang boleh jadi orang yang pertama. Boleh cipta rekod kan, kan? Macamlah tutor lain tak ada handphone kan?” Ada sinis pada nada suara Musyirah.

            “Syira, tutor lain semua perempuan. Lelaki pun seorang aje. Tu pun ala-ala perempuan tau? Syira tak kisah ke kalau hari-hari abang jumpa tutor perempuan untuk minta handphone? Tak kisah? Tak cemburu ke? Yang tutor lelaki tu, abang sendiri tak sanggup nak jumpa. Dia punya pandangan pun dah lain macam,” kata Nazhirin. Musyirah merenung tajam wajah Nazhirin disebelah kanannya buat seketika. Suaminya itu turut bersandar pada kepala katil sebagaimana dirinya.

            “Bagusnya orang yang organize program ni kan? Kalau Syira jumpa, Syira cekik-cekik dia. Nasib baik abang tak minta handphone dekat tutor perempuan tu. Kalau abang buat, Syira mogok dengan abang sampai bila-bila,” ujar Musyirah. Jelas kemarahannya itu apabila kata-katanya disertai dengan aksi. Nazhirin yang melihat reaksi isterinya itu sudah tersenyum sendiri. Musyirah yang inilah yang dirinduinya. Musyirah yang ceria orangnya.

            “Jadi sekarang ni Syira tak bolehlah mogok dengan abang kan? Sebab abang tak jumpa seorang pun tutor perempuan untuk minta handphone,” kata Nazhirin. Kerutan pada dahi Musyirah terus hilang. Dia menoleh ke kanan, menatap wajah suaminya yang setia menanti jawapannya. Musyirah akui, dia dapat melihat betapa menggunungnya rasa bersalah suaminya terhadap dirinya. Betapa tulusnya setiap ucapan meminta maaf yang keluar daripada bibir merah itu. Tetapi dia yang sengaja mengeraskan hatinya, khuatir Nazhirin akan meninggalkannya lagi.

            Tangan kanan Nazhirin dicapai dan dibawa ke bibirnya. Dicium tangan itu dengan penuh hormat. Lantas tangan itu dibawa ke pipinya. Dia masih menunduk.

            “Memang tak sepatutnya Syira buat perangai. Memang tak sepatutnya Syira sakitkan hati abang walhal abang sudah beribu-ribu kali meminta maaf. Memang tak sepatutnya Syira marahkan abang walhal abang dah menyatakan hal yang sebenar. Syira cuma takut perkara ni akan berulang dan Syira tak nak perkara ni berulang. Maafkan Syira atas sikap Syira selama ni,” tutur Musyirah. Tangan Nazhirin dicium sebelum dilepaskan. Musyirah menyandarkan kepalanya pada dada suaminya.

            Nazhirin tersenyum. Kepala Musyirah diusap perlahan dengan tangan kanannya.

            “Sentiasa ada kemaafan buat Syira dalam hati abang dan abang harap, Syira turut memaafkan abang atas kesilapan abang. Abang akan pastikan dengan sedaya upaya abang, perkara tu takkan berulang lagi,” ujar Nazhirin. Musyirah tersenyum puas.

            “Ya, Syira maafkan abang. Syira akan pastikan lepas ni Syira akan bincang baik-baik dengan abang kalau ada salah faham. Penatlah Syira nak buat mogok ni. Seksa perasaan Syira aje. Abang, Syira rindukan abang sangat, sangat, sangat, sangat, dan sangat. Tiga sangat daripada Syira, dua lagi, daripada anak kita. I love you, abang,” ucap Musyirah dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibirnya. Tangan kiri suaminya dicapai dan diletakkan di perutnya.

            “Alhamdulillah. Anak kita, empat minggu,” kata Musyirah. Nazhirin turut memanjatkan rasa syukur. Ubun-ubun isterinya dicium kasih.

            “Alhamdulillah, kandungan ni sihat. Nasib baik tak terjejas waktu Syira demam panas dulu,” jelas Musyirah.

            “Bila Syira tahu Syira pregnant?” soal Nazhirin. Musyirah menayangkan sengihnya.

            “Syira dah tahu lama dah, sebelum abang pergi Perak lagi. Tapi waktu tu Syira agak-agak aje, tak check dekat doktor pun. Syira dapat agak pun sebab tak period walaupun dah sampai masanya. Masa Syira demam panas dengan kerap pitam, abang dengan Ira yang jaga. Diaorang hantar Syira pergi klinik. Alang-alang, Syira check ajelah terus. Mungkin sebab Syira tahu Syira pregnant dan Syira nak abang ada dengan Syira, Syira menangis terlebih dos. Syira rasa Syira menangis pun sebab mengada aje lebih walaupun Syira sayang abang sangat, sangat, sangat, sangat, dan sangat. Again, I love you, abang,” ucap Musyirah. Manja sungguh Musyirah dengan suaminya itu.

            Sayang, I’m so sorry for not being there beside you while you really needs me. I love you too, Syira. Abang sayang Syira dan anak kita,” tutur Nazhirin.

            “Isk! Abang ni... Syira maafkan abang lagi. Abang kena pastikan yang abang akan ada dengan Syira untuk lapan bulan dari sekarang. Tak boleh pergi jadi tutor. Lepas Syira habis pantang nanti baru boleh. Lagi satu, I love you more,” kata Musyirah. Dia tersenyum manja.

            “Terima kasih sayang, bagi ucapan I love you banyak-banyak dekat abang hari ni. Ya, abang tak akan tinggalkan Syira untuk jadi tutor. I love you most,” balas Nazhirin. Musyirah tersenyum.

            “Sama-sama, abang. Syira harap, cinta kita akan sentiasa diredhai Allah dan Syira nak abang pimpin Syira dan bakal anak-anak kita ke jannah,” tutur Musyirah. Nazhirin mengangguk.

            “InsyaAllah, sayang. Abang tak boleh lakukannya bersendirian. Abang nak Syira ada bersama-sama abang. Bantu abang agar kita semua menjadi lebih baik,” bicara Nazhirin. Musyirah mengangguk. Mulai hari ini, dia akan pastikan pengalaman itu benar-benar mengajarnya. Dia akan memperbaiki dirinya agar dapat menjadi isteri yang baik dan solehah buat suaminya. Dia akan pastikan cinta Miss Troublemaker sepertinya bukanlah cinta yang biasa-biasa, tetapi ada keunikannya yang tersendiri. Moga bahagia terus menjadi milik mereka.

Pesanan penaja: Assalamualaikum, :). Okey, seperti yang dikatakan part 4, final. Yeah, finally! Ada rasa nak belasah saya tak sebab update cerita ni ikut part? Haha. Mungkin korang akan geram dengan watak Nazhirin sebab tinggalkan wife dia macam tu je. Dan mungkin korang akan geram dengan watak Musyirah sebab senang sangat maafkan suami dia. Mesti korang akan cakap, macamlah tak ada public phone dekat situ. Kalau korang, mesti korang mogok seminggu baru nak maafkan, kan? Haha. So, this is it. Musyirah masih sedar yang dia seorang isteri dan redanya terletak pada suaminya. Memang tak bolehlah kan seorang isteri tu mogok dekat suami dia lama-lama. Nazhirin sedar akan status dia sebagai seorang suami yang mesti melindungi isteri. Dia tak henti-henti minta maaf. Korang nampak yang dia berjaya menjadi seorang suami yang baik, kan? Haha. Ulas cerita sendiri. Okey, nak jugak saya baca apa pendapat korang. Geram ke, rasa nak belasah Nazhirin ke. Atau nak membebel kat Musyirah ke. Anything. Komenlah ya? Hehe. Terima kasih. Jazakumullahukhairan. Barakallahufiikum.

7 comments:

  1. nk komen ni miss writer.

    blh x buat n3 special ceritakan mcmne diorg ni blh kawin, sbb x d ceritakan sgt.
    pastu nazhirin ni keja tutor je ke?or dia da buat bisnes, nk tau je.hehe
    komenutk part last ni plk, blh je nazhirin ni guna public phone or telefon ofis tuk kol syira, tp mngkin dia x ingat nombor kot.

    tu je pndangan n pendapt dari saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Nur Eza: Wah, special entry? Akan dipertimbangkan. Ikut kepada kesenggangan masa saya. Maklumlah, masih banyak lagi tanggungjawab lain. Mereka berkahwin atas pilihan keluarga tanpa dasar cinta tapi penuh dengan kerelaan. Ingat tak dialog Aizat, "Jadi tak salahlah, tindakan abang mempersutujui tindakan mama dan papa untuk nikahkan Syira dengan Nazhirin?" Lebih kurang macam tulah dialognya. Nazhirin tutor part time sahaja. Dia ada kerja lain, ada syarikat sendiri. Kalau tak, takkanlah dia ada appoinment dekat restoran tu kan? Haha, sekadar pencerahan. Mungkin cerpen saya ni memerlukan pembaca berfikir. Fasal special entry tu, saya akan pertimbangkan. Terima kasih sudi baca, beri pendapat dan komen ya? ^_^

      Delete
  2. cerita apa ni? apa yg trouble maker nye? mybe awk x sesuai jd penulis. sorry

    ReplyDelete
    Replies
    1. @ahmadatma. Never judge a book by it's cover. Kalau rasa penulis blog ni tak layak jd penulis, komen tu biarlah kata2 perangsang, bukannya terus cakap je. The author can still polish the story.

      Delete
  3. ok first saya nak say sorry la dulu k sebb saya mmng x oaham langsung cite ni macam x logik pun ada. macam xde connector antara tajuk dengan jalan cerita.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Cerpen ni just fine. Cerpen tak perlu logik, it's fantasy. Keep on moving author

    ReplyDelete